BADAI yang melanda musim Terengganu FC dilihat semakin reda selepas permulaan perlahan diharungi mereka pada permulaanya.
Selepas berdepan pelbagai kesukaran termasuklah pemergian bekas jurulatih, Tomislav Steinbruckner serta pemain Marin Pilj dan Matthew Steenvorden, Terengganu semakin stabil dari segi prestasi dalam padang.
Hasilnya, Terengganu berada di kedudukan empat terbaik Liga Super dan memasuki separuh akhir Piala Malaysia.
BACA LAGI: Tanpa Suhaimi, sukar Terengganu buat kejutan ke atas JDT
BACA LAGI: Umarbek tinggalkan Selangor, peluang cerah buat Kinoshi contohi stail Terengganu FC
Manny Ott gembira prestasi Terengganu semakin baik. — Facebook/Terengganu FC
Bagi pemain import, Manny Ott, dia gembira melihat kelabnya semakin stabil dan tidak lagi terumbang-ambing seperti sebelum ini.
Impak yang diberikan oleh pengendali, Badrul Afzan jelas membantu Terengganu dan mereka berada di landasan terbaik untuk mencabar kejuaraan.
"Kami mengharungi pra-musim yang panjang dan bermula dengan baik tetapi merudum di pertengahan, tetapi kami kembali ke landasan baik di bawah kendalian jurulatih Badrul Afzan.
"Pemergian jurulatih dan para pemain memberi impak kepada konsistensi dan Badrul berjaya mengatasinya dalam masa beberapa perlawanan. Ia memang mencabar untuk mencari konsistensi sebagai pasukan selepas perubahan dalam barisan kejurulatihan termasuklah pemergian pemain ketika musim sedang berlangsung.
"Kemungkinan, tugas paling sukar dalam musim ini adalah untuk bersedia dari segi mental apabila diperlukan," kata Ott.
Badrul berjaya memberikan kestabilan kepada prestasi skuad Penyu. — Facebook/Terengganu FC
Dalam masa yang sama, Ott turut memuji kualiti yang ada pada Badrul sebagai jurulatih yang berjaya menjadikan Terengganu lebih baik.
Katanya, keterbukaan Badrul untuk mendengar idea daripada para pemain menjadikan dia disenangi dalam kalangan skuad Penyu itu.
"Bukan mudah untuknya kerana skuad sedia ada bukanlah yang dirancang olehnya pada awal musim, tetapi kami mula memahami ideanya dan berjaya mendapatkan keputusan dimahukan.
"Mood dalam skuad semakin baik sejak dia mengambil alih. Terdapat perbincangan sihat bersama Badrul dan itu menjadi sebab kenapa situasi semakin baik sekarang.
"Dia juga terbuka dengan cadangan dari para pemain dan sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk pasukan," jelas Ott. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram