Umarbek tinggalkan Selangor, peluang cerah buat Kinoshi contohi stail Terengganu FC


  • Podium
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Antara pemain-pemain muda yang ada di Selangor ketika ini.

SELANGOR FC mengumumkan perpisahan dengan pemain import pertahanan tengah, Umarbek Eshmurodov selepas kontraknya tamat pada hujung Disember tahun ini.

Pemain kebangsaan Uzbekistan itu juga sudah pun menyertai bekas pasukan lamanya, FC Nasaf yang kini menduduki tangga pertama Uzbekistan Super League dengan 52 mata.

Tidak hairan Umarbek akan kembali ke Uzbekistan kerana mengikut rekod perjalanan karier pemain itu Selangor merupakan pasukan pertama buat pemain berusia 32 tahun itu beraksi di luar negara.

BACA LAGI: Ruben Amorim pengurus paling 'teruk' Man United sepanjang tempoh 100 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] Demi Harimau Malaya, 3 pemain import baharu musim 2024/25 Liga M wajar kekal jadi prospek jangka panjang

Bersama Selangor, Umarbek tampil dalam 18 perlawanan di semua kejohanan domestik dan antarabangsa musim ini.

Selepas tersingkirnya dari saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) dan Piala Malaysia 2024 ia merupakan langkah bijak buat pihak pengurusan mengurangkan kuota import susulan menjaga bajet kewangan pasukan bagi saingan musim depan.

Selain itu, ia juga peluang cerah buat Katsuhito Kinoshi untuk mencontohi Terengganu FC yang mempercayai bakat-bakat tempatan untuk mengetuai barisan pertahanan Sang Penyu.

Sejak musim lalu, Terengganu membariskan empat pemain tempatan tanpa tonggak import untuk membawa cabaran Sang Penyu di kejohanan Asia (Piala AFC 2023) dan saingan domestik.

Selangor yang mempunyai ramai pemain-pemain muda berkualiti boleh menjadi sandaran buat Kinoshi untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang tanpa bintang import.

Harith Haiqal, Shahrul Nazeem, Aiman Hakimi antara nama-nama pemain muda yang sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama Harimau Malaya dan Harimau Muda.

Selain itu, Kinoshi juga boleh mengembalikan prestasi bintang tersisih, Khuzaimi Piee yang kurang mendapat peluang bersama Selangor sejak menyertai pasukan itu pada musim lalu.

V. Ruventhiran juga boleh menjadi bahan eksperimen buat Kinoshi untuk mengubahnya kepada posisi pertahanan lain selepas pemain itu kerap menjadi pilihan ketiga di bahagian bek kiri.

Selepas ketiadaan Umarbek, Selangor kini mempunyai 10 pemain import termasuk Omid Musawi yang diletakkan dalam skuad Selangor II di Piala MFL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram