Sudah tiba masa 'salary cap' diperkenalkan, elak isu kelab tertunggak gaji


  • Podium
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Sri Pahang dan Perak antara kelab yang terpalit isu tunggakan gaji. — Facebook/Sri Pahang FC

MASALAH tunggakan gaji di Liga Super dilihat semakin tidak menemui jalan penyelesaian. Dilaporkan, Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC, Perak FC, Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan Sabah FC mengalami isu tersebut.

Ia menunjukkan hampir separuh daripada kelab Liga Super mengalami perkara tersebut. Lebih memeritkan, ada pemain yang tidak mempunyai gaji hampir setahun.

Di manakah silapnya? Adakah ia berpunca daripada liga itu sendiri yang membebankan atau kelab memang tidak ukur baju di badan sendiri dek risau ketinggalan dalam persaingan merebut kejuaraan?

BACA LAGI: Apex optimis The Rhinos masih ‘dijaga’ orang tepat di sebalik pemergian Ong Kim Swee

BACA LAGI: Terpalit macam-macam isu, jolokan Pasukan Paling Malang Liga Super 2024/25 kena batang hidung skuad Peteh

471148584_625219319859249_6815485251867316919_n

Kedah (jersi putih) sudah lama mengalami masalah tunggakan gaji. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Bagaimana pun, situasi tersebut jelas tidak ideal buat para pemain yang menyara keluarga. Oleh itu, Liga Super dicadang untuk memperkenalkan gaji siling atau salary cap supaya dapat menghalang masalah tunggakan berterusan.

Salah seorang penyokong, Syahir Md Yusof menyeru agak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenal gaji siling supaya kelab tidak terlalu berlebihan dalam menggaji pemain.

Dengan memperkenalkan gaji siling, ia akan memaksa kelab-kelab untuk berbelanja mengikut kemampuan supaya kewangan sentiasa lestari dan 'bernyawa'.

"Cara terbaik untuk elak benda ni adalah letak salary cap untuk setiap kelab. Kelab kena berbelanja ikut pendapatan, macam kelab-kelab Eropah buat untuk elak hutang yang banyak.

"Kalau ada bajet RM10 juta, pakai RM7 juta saja, lagi RM3 juta simpanlah," jelas Syahir.

Walaupun gaji siling dapat membantu menstabilkan kewangan kelab, namun begitu, pendekatan tersebut kurang disenangi oleh kelab-kelab yang lebih berkemampuan atau kaya.

Hal ini kerana, ia seolah-olah menyekat mereka yang lebih berkemampuan untuk berbelanja dengan mewah dalam menguatkan pasukan.

"Kelab-kelab yang kaya dan banyak duit, tak akan suka dengan cara ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram