CABARAN sebagai pemain muda apabila menyertai skuad senior pastinya adalah kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama kerana berdepan bintang-bintang berpengalaman dalam pasukan.
Namun begitu, di Liga Super, masih ada beberapa kelab yang masih menaruh harapan tinggi kepada pemain muda walaupun ada pasukan lebih mengutamakan bintang import dan pemain naturalisasi atau warisan.
Musim ini, kelihatan beberapa kelab yang memberikan league debut kepada ramai pemain bawah 23 (B-23) tahun dalam Liga Super.
BACA LAGI: Pilih Penang FC, ikut jejak Safawi antara 3 destinasi relevan andai Wan Zack tinggalkan Perak
BACA LAGI: Tunggakan gaji punca pemain Kedah ponteng latihan — Victor Andrag
Kelantan Darul Naim
Kelantan Darul Naim (KDN) FC antara kelab yang paling banyak memberikan league debut kepada pemain B-23 musim ini.
Kelab Pantai Timur itu memberikan tujuh pemain B-23 peluang beraksi pertama kali di Liga Super dengan salah satu daripadanya adalah pemain import daripada Korea Selatan iaitu Bae Kyung-hwan.
Kelantan Darul Naim turut gemar menurunkan pemain muda. — Facebook/Kelantan Darul Naim FC
Selain itu, skuad itu turut menurunkan Adam Danial, Jung Byung-ju serta Kim Ri-gwan yang melakukan penampilan liga paling banyak antara mereka sebanyak 12 kali.
Skuad KDN sendiri rata-ratanya memang dibarisi oleh ramai pemain muda dan itu tidak mengejutkan apabila ramai yang mendapat peluang mencipta league debut bersama kelab itu.
Kedah Darul Aman
Kelab yang paling banyak memberikan league debut kepada pemain B-23 di Liga Super setakat ini adalah Kedah Darul Aman FC.
Setakat ini, Kedah sudah menurunkan 14 pemain B-23 dalam saingan Liga Super dengan majoritinya melakukan penampilan sewaktu perlawanan bertemu Kuala Lumpur City FC di Cheras pada 14 September.
Kedah menurunkan pemain muda paling ramai di Liga Super. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
Nama-nama seperti Azim Anuar, Nazirul Aziem, Safwan Shuhaimi, Hazrie Zulhadi dan Ammar Shukri antara yang melakukan penampilan pada perlawanan tersebut yang menyaksikan Kedah kalah 0-5.
Kebanyakan mereka diturunkan atas faktor boikot yang dilakukan oleh pemain senior Kedah ketika itu akibat isu tunggakan gaji.
Perak FC
Sebuah lagi kelab yang sering memberikan league debut yang banyak kepada pemain B-23 di Liga Super adalah Perak FC.
Musim ini, Perak memberikan nikmat pertama kepada empat pemain dengan dua daripadanya adalah pemain import iaitu Lee Tae-min dan Adilet Kanybekov.
Yusri Che Lah gemar menurunkan pemain muda. — Facebook/Perak FC
Dua lagi pemain tempatan yang mendapat penampilan pertama itu adalah Hafizy Daniel dan Ahmad Azmil.
Perak merupakan antara kelab yang kerap menurunkan pemain muda kerana falsafah Yusri Che Lah yang gemar menggunakan 'ubi' dalam skuadnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram