Bekas pemain antarabangsa Kay Bin sah jadi jurulatih baharu Zii Jia


  • Podium
  • Rabu, 25 Dis 2024

Kay Bin menggantikan Tat Meng yang akan meninggalkan jawatannya pada penghujung tahun ini.

BEKAS pemain antarabangsa, Yeoh Kay Bin disahkan sebagai jurulatih baharu jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia (LZJ).

Lantikan itu diumumkan oleh Team LZJ menerusi satu kenyataan pada Rabu.

“Selamat datang kepada ketua jurulatih baharu Team LZJ, Yeoh Kay Bin.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Belajar hormat', pemain amatur badminton ditegur gara-gara perang psiko tak kena tempat

BACA LAGI: [VIDEO] Badminton nombor 2, adik Tze Yong tak terfikir mahu ikut langkah abang

WhatsApp Image 2024-12-25 at 14.18.44

Yeoh Kay Bin disahkan sebagai jurulatih baharu jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia.

“Kay Bin, bekas pemain antarabangsa untuk Malaysia, membawa pengalaman kejurulatihan yang luas, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Beliau menyertai pasukan ini untuk meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa yang seterusnya,” katanya.

Kay Bin, 44, menggantikan Wong Tat Meng yang akan meninggalkan jawatannya pada penghujung tahun ini.

Kay Bin merupakan salah seorang pemain dalam kumpulan pertama yang mula berlatih di pusat latihan lama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Taman Maluri dan menjadi antara pemain perseorangan lelaki terbaik sebelum era Lee Chong Wei.

Bekas atlet itu juga sebaya dengan pemain seperti James Chua, Lee Tsuen Seng dan Sairul Amar Ayob.

Kay Bin pernah bergelar naib juara dunia junior di Kejohanan Dunia Junior 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.

Selepas bersara sebagai pemain, beliau menjadi jurulatih yang dihormati di Akademi Badminton New Vision dan pernah melatih di bawah Li Mao di China. — The Star/R.KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram