JAGUH badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terpaksa melupakan hasrat meneruskan perjuangan dalam Jelajah Dunia BWF 2024 selepas mengalami kecederaan ketika berdepan pemain China, Li Shi Feng pada Jumaat.
Pertembungan peringkat kumpulan itu pada awalnya menyaksikan pemain negara itu mendahului dengan kemenangan 22-20 dalam set pertama sebelum mendahului pada set kedua 15-11.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, Zii Jia mengalami kecederaan buku lali kanan yang menyebabkannya tidak dapat menyambung aksi dengan situasi tersebut jelas sukar diterimanya.
BACA LAGI: Isu bendera terbalik perkara serius, Zii Jia perlu 'curi masa' jelaskan kepada rakyat Malaysia
BACA LAGI: Penaja mohon maaf isu bendera Malaysia terbalik di baju Lee Zii Jia
Lebih menyedihkan lagi, pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menggunakan kerusi roda untuk meninggalkan gelanggang selepas dia tidak dapat berjalan.
Perkembangan yang jelas bukanlah kisah menarik untuk diperkatakan menyaksikan Zii Jia secara rasminya tersingkir daripada persaingan kerana tidak menamatkan permainan.
Dua kemenangan awal diraih juga tidak memberikan sebarang makna kerana peraturan BWF menetapkan kesemua mata diraih pemain yang menarik diri daripada saingan akan dibatalkan.
Laporan itu menerima respons daripada orang ramai yang sedih melihat keadaan pemain di tangga kelapan dunia itu selepas dia memulakan kempen Jelajah Dunia 2024 dengan langkah kanan.
Fajar Alfian memohon perubahan peraturan dilakukan BWF pada masa akan datang.
Malah, pemain beregu Indonesia, Fajar Alfian juga sempat meminta Persatuan Badminton Dunia (BWF) supaya meneliti semula peraturan bagi memastikan keadilan buat atlet sukan berkenaan.
"Harapnya peraturan sebelum ini akan diperkenalkan semula pada masa akan datang," katanya.
Luahan itu dibuat merujuk kepada peraturan BWF yang menghalang pemain untuk menerima rawatan di samping dipaksa membuat keputusan sama ada mahu meneruskan permainan atau menarik diri.
Ketetapan berkenaan membuatkan pemain sukar meneruskan saingan, termasuk ketika berentap dalam pertandingan bertaraf dunia dengan hal berkenaan boleh meranapkan semangat mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram