Penaja mohon maaf isu bendera Malaysia terbalik di baju Lee Zii Jia


  • Podium
  • Rabu, 11 Dis 2024

Logo bendera Malaysia di baju Lee Zii Jia yang dipasang secara terbalik ketika perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Rabu.

PENAJA Victor Malaysia membuat permohonan maaf terbuka berhubung kontroversi melibatkan logo bendera Malaysia yang terbalik di baju pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Rabu.

Victor dalam satu kenyataan di X pada Rabu berkata, pihaknya mengakui kesilapan yang dilakukan tersebut.

"Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.

"Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh penyelewengan ini," katanya.

BACA LAGI: Selangor salur peruntukan RM1.7 bilion tangani banjir

BACA LAGI: Bekerja sambil melancong, pemandu bas persiaran di Sabah 'enjoy' kerja walaupun terpaksa tinggalkan keluarga

Pihaknya juga menjelaskan bahawa sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

"Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus-tulusnya," jelasnya.

Sebelum ini, logo Jalur Gemilang yang ditampal secara terbalik di kiri baju Zii Jia dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen itu jelas terlihat di kaca televisyen.

Perkara itu juga sekali gus menimbulkan kekecohan di media sosial serta persoalan terhadap ketilitian pemeriksaan pakaian yang digunakan oleh Zii jia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram