TMJ umum 3 perkara penting termasuk identiti siapa jurulatih skuad Harimau Malaya, peroleh data bintang warisan di luar negara


  • Podium
  • Isnin, 16 Dis 2024

Jurulatih baharu Harimau Malaya akan diketahui pada Isnin.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi tiga perkara mengenai revolusi Harimau Malaya.

Menurut media sosialnya, TMJ mengatakan jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin (16 Disember).

TMJ turut mendedahkan yang terdapat mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.

BACA LAGI: Tak perlu risau, ada 2 sebab Harimau Malaya boleh atasi Thailand aksi Piala AFF

BACA LAGI: [VIDEO] Penyokong Harimau Malaya kena pukul casual Thailand dikejarkan ke hospital akibat hentakan di kepala

Satu lagi perkara yang diumumkan TMJ adalah pengumuman mengenai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah teknikal Harimau Malaya akan diumumkan selepas ketua jurulatih diketahui umum.

"Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan.

"Selepas (pengumuman) ketua jurulatih selesai, akan diumumkan CEO dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.

"Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain berdarah campuran Malaysia yang beraksi di luar negara," kata TMJ.

Pengumuman mengenai jurulatih baharu Harimau Malaya jelas menarik perhatian ramai pihak dengan Peter Cklamovski disebut-sebut sebagai calon utama bagi mewarisi posisi yang diisi sementara oleh Pau Marti itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram