Tak perlu risau, ada 2 sebab Harimau Malaya boleh atasi Thailand aksi Piala AFF


  • Podium
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Pau Marti terpaksa menggunakan taktikal berbeza dalam menghadapi cabaran Gajah Perang itu pada Sabtu. — Facebook/FAM

KEM Harimau Malaya terpaksa menelan pahit kerana akan beraksi tanpa beberapa tonggak utama menjelang perlawanan ketiga Piala Asean 2024 (Piala AFF) bertemu Thailand pada Sabtu.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu menerima tamparan hebat selepas Sabah FC mengambil keputusan untuk memanggil empat tonggak iaitu Dominic Tan, Stuart Wilkin, Darren Lok dan Daniel Ting bagi memberi tumpuan kepada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Sarawak Ahad ini.

Bukan itu sahaja, kecederaan yang menimpa pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT II), Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad turut meranapkan hasrat Pau Marti untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan positif dalam aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Thailand nanti.

BACA LAGI: Selain Akhyar Rashid, ada 3 pemain seolah-olah beri 'hint' sarung jersi kelab lain

BACA LAGI: Rembatan jauh antara sebab KL City perlu bertahan bertemu JDT — Miroslav Kuljanac

Dalam pada itu, Pau Marti terpaksa menggunakan taktikal berbeza dalam menghadapi cabaran Gajah Perang itu nanti.

Berita kurang menggembirakan itu menyebabkan ramai penyokong beranggapan skuad kebangsaan berkemungkinan besar akan tersungkur di bumi Thailand.

Bagaimanapun, 'ekor' Harimau Malaya diingatkan agar tidak terlalu bimbang kerana terdapat beberapa faktor yang masih memberi peluang kepada Malaysia untuk meraih tiga mata penuh di laman lawan.

WhatsApp Image 2024-12-13 at 16.27.54

Pau Marti (tengah) berdepan tugas getir selepas kehilangan empat pemain Sabah FC. Facebook/FAM

Rekod pertemuan

Malaysia melakar rekod memberangsangkan apabila menang 80 peratus berdepan Thailand daripada lima aksi terakhir.

Rekod pertemuan antara Malaysia bertemu Thailand memihak kepada skuad kebangsaan apabila melakar empat kemenangan daripada lima pertemuan terakhir.

Malaysia berjaya menewaskan Thailand pada dua pertembungan Kelayakan Piala Dunia pada 2019 dengan keputusan 2-1 sebelum penalti Safawi Rasid membantu Harimau Malaya menang tipis 1-0 berdepan lawan sama pada 2021.

Harimau Malaya juga berjaya menundukkan Thailand pada aksi King’s Cup 2022 di Chiang Mai sebelum menumpaskan lawan sama pada aksi Asean Championship 2023 dengan keputusan 1-0.

Kali terakhir skuad kebangsaan tewas adalah pada aksi timbal balik separuh akhir kedua 2022 apabila tunduk dengan keputusan 3-0 di gelanggang lawan.

WhatsApp Image 2024-12-13 at 19.42.23

Ketajaman Haqimi Azim di depan pintu gol ditagih bagi membantu Harimau Malaya menewaskan Gajah Perang. Facebook/FAM

Kelemahan Thailand boleh memanfaatkan

Sebagai pasukan yang lebih unggul, Thailand mungkin menghadapi tekanan untuk tampil cemerlang yang boleh mempengaruhi prestasi mereka.

Malaysia boleh memanfaatkan situasi itu dengan memberi tekanan berterusan dan tidak melakukan sebarang kesilapan mudah.

Selain itu, Thailand dijangka mengalami keletihan kerana hanya bermain satu perlawanan menentang Timor Leste, berbeza dengan Malaysia yang telah mengharungi dua perlawanan iaitu menentang Kemboja dan Timor Leste.

Oleh itu, perkara itu memberi kelebihan kepada Malaysia untuk memperkemaskan strategi dan meningkatkan stamina pemain, sementara Thailand terpaksa menyesuaikan diri dengan perlawanan kedua dan keletihan.

Dengan memanfaatkan kedua-dua faktor ini, Malaysia berpeluang untuk memberikan saingan sengit kepada Thailand dan meningkatkan peluang untuk mencatat kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram