BARISAN serangan Kuching City FC dilihat tumpul apabila berdepan Sabah FC dalam suku akhir pertama Piala Malaysia yang diadakan pada Ahad.
Bermain di Stadium Negeri, Kuching, skuad The Cats dilihat menguasai penguasaan bola namun sayangnya mereka tidak berjaya menggunakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol.
Ia membolehkan Sabah meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan Farhan Roslan yang terhasil menerusi sepakan percuma Saddil Ramdani pada separuh masa pertama.
BACA LAGI: Penang jadi 'role model', Selangor dan Kuching City tuntut balik pemain
BACA LAGI: 'Mana Moses?', Kuching City hilang bintang import layan ujian pertama Wan Rohaimi bersama Penang
Perlawanan yang dilangsungkan dalam intensiti tinggi itu menyaksikan Kuching City berusaha untuk mendapatkan gol di separuh masa kedua, tapi sayangnya ketumpulan penyudah seolah tiada penawar.
Mujur buat Kuching City apabila Sabah sekadar berjaya menghasilkan satu gol dengan tidak banyak ancaman dihasilkan mereka daripada situasi permainan terbuka.
Melihat kepada persembahan kurang menyerlah di depan pintu gol, penyokong Kuching City nyata hampa kerana mereka gagal mengambil peluang yang ada.
"Kuching City macam tak tahu gol di mana," kata penyokong bernama Rithauddin Edinson.
"Tak habis-habis bagi bola dekat penjaga gol, barisan serangan tak beri impak," komen Zulkipli Sabli pula.
"Penyudah Kuching City tumpul dalam perlawanan ni, yang lain semua OK dah," ujar Wok Wok yang hampa.
Dengan keputusan 1-0 itu, Sabah membawa bekalan tipis menjelang suku akhir kedua yang akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 23 Disember. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram