TIADA rezeki buat gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin untuk membawa pulang kejuaraan Jelajah Dunia Akhir selepas kalah kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen di perlawanan akhir.
Diadakan pada Ahad, gandingan profesional negara tumpas dalam pertemuan tiga set 17-21, 21-17, 21-11 dalam pertarungan melebihi sejam.
Walaupun tewas, tetapi Sze Fei-Izzuddin akan tetap naik ke ranking ketiga dunia selepas kempen cemerlang mereka di kejohanan penutup musim itu.
BACA LAGI: Sze Fei-Izzudin tewas dalam 'perang saudara', Aaron-Wooi Yik tumbang awal di Kumamoto Masters
Dalam perlawanan tersebut, gandingan Sze Fei-Izzuddin berdepan Astrup-Rasmussen yang cukup ampuh dari segala segi permainan mereka.
Walaupun berjaya mendapatkan mata di set kedua, tetapi persembahan semasa set penentuan menyaksikan pasangan Denmark itu terlalu bagus walaupun beregu negara cuba memberikan saingan hebat.
Kekalahan Sze Fei-Izzuddin itu menjadikan kedua-dua wakil negara tewas di perlawanan akhir bagi Jelajah Dunia Akhir.
Sebelum itu, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalah kepada pasangan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir beregu campuran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram