PERJALANAN singkat buat dua beregu lelaki utama negara apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kedua-duanya pulang awal dari Kumamoto Masters di Jepun.
Beraksi dalam pusingan 16 terbaik pada Khamis, kedua-duanya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan tersebut selepas tumbang kepada lawan masing-masing.
Sze Fei-Izzuddin menjadi mangsa terlebih dahulu apabila mereka yang bermain pada aksi awal kalah straight set kepada rakan senegara.
BACA LAGI: Tunjuk gambar akreditasi, Lee Zii Jia ‘hint’ bakal kembali beraksi?
Aaron-Wooi Yik kalah straight set kepada pasangan Chinese Taipei.
Bertemu Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, juara Terbuka Artik itu tewas 9-21 pada set pertama sebelum memberikan tentangan sengit semasa set kedua.
Namun begitu, ia belum cukup untuk mereka apabila Azriyn-Wee Kiong berjaya mengekalkan penguasaan pada perlawanan untuk memenangi set kedua 23-21 dalam tempoh keseluruhan 36 minit bagi menyingkirkan pilihan kelima kejohanan.
Selepas tumbangnya mereka, Aaron-Wooi Yik pula menjadi mangsa apabila mereka turut tewas straight set kepada pasangan Chinese Taipei iaitu Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin.
Juara Korea Masters itu tampil longlai apabila tidak berjaya dapat menghasilkan persembahan cemerlang apabila mereka kalah 21-11, 21-13.
Kekalahan buat kedua-dua beregu itu sedikit sebanyak bakal menganggu usaha untuk mendapatkan tempat di kelompok lapan terbaik bagi Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember kelak.
Sze Fei-Izzuddin yang berada dalam posisi yang baik untuk layak dengan menduduki tangga ketiga, mungkin akan mengalami penurunan ranking.
Sementara Aaron-Wooi Yik yang masih di luar zon untuk layak dilihat mempunyai peluang tipis untuk mara dan perlu melakukan sebaik mungkin di China Masters kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram