IA dilihat sebagai satu langkah yang berani apabila Manchester United bertindak untuk melepaskan pemain buatan mereka, Marcus Rashford.
Tindakan itu dilihat sebagai salah satu cara pengurusan tertinggi kelab mengurangkan perbelanjaan dan menjual pemain merupakan langkah baik untuk ke arah tersebut.
Memetika laporan di England, United dilaporkan sedia untuk melakukan perubahan besar kepada skuad dengan Rashford antara nama bakal dilepaskan.
BACA LAGI: Kelab Arab Saudi, PSG dipetik destinasi baharu Rashford andai dilepaskan Man United
BACA LAGI: Lepas batalkan jamuan Krismas, Sir Jim Ratcliffe potong bonus perayaan staf Man United

United sedia melakukan perubahan besar terhadap skuad mereka.
United dilaporkan bersedia untuk mendengar sebarang tawaran terhadap Rashford yang semakin pudar pengaruhnya di atas padang untuk The Red Devils.
Ditambah yang Rashford merupakan salah seorang pemain dengan gaji tertinggi di United, ia menambah sebab untuk kelab itu melepaskannya ke kelab lain.
Rashford bukanlah satu-satunya nama sedia dilepaskan oleh United, mereka dilaporkan bersedia untuk mendengar mana-mana tawaran bagi Alejandro Garnacho, Casemiro, Diogo Dalot, Antony dan ketua pasukan iaitu Bruno Fernandes.
United tidaklah terburu-buru untuk melepaskan nama-nama tersebut seperti Rashford, tetapi mereka sedia mendengar jika ada sebarang tawaran menarik terhadap kumpulan pemain itu.
Dalam pada itu, kelab itu bersedia untuk mengekalkan nama-nama seperti Noussair Mazraoui, Matthijs de Ligt, Leny Yoro, Amad Diallo, Kobbie Mainoo dan Ander Onana.
Kelab tradisional England itu berada dalam mod berjimat-cermat dengan segala perbelanjaan cuba dikurangkan dengan sebanyak mungkin.
Sebelum ini, mereka turut memotong bonus kesemua staf yang diberi secara tahunan semasa sambutan Hari Natal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
