ISU keharmonian di dalam bilik persalinan Manchester United bukanlah sesuatu yang tidak diketahui kerana wujud terdapat laporan mengatakan pelbagai masalah antara pemain.
Hal berkenaan sememangnya berada dalam senarai perkara yang perlu diberi perhatian pengurus The Red Devils, Ruben Amorim dalam memastikan persembahan di atas padang tidak terjejas.
Namun, baru-baru ini, sebuah lagi masalah timbul dari bilik persalinan kelab apabila terdapat ura-ura mengatakan pemain sayap, Alejandro Garnacho bertindak membocorkan maklumat pasukan.
BACA LAGI: Sehari lepas kena 'sekolah', Garnacho balas dendam terhadap fans Man United
BACA LAGI: [VIDEO] Garnacho sentap kena sekolah dengan penyokong
Tangkap layar yang dikatakan diambil daripada perbualan antara Garnacho dan penyokong Manchester United.
Berdasarkan perkongsian penyokong di media sosial, pemain itu difahamkan berkongsi kesebelasan utama pasukan dengan abang kepada penyerang sayap itu juga difahamkan terlibat.
Pengguna aplikasi X, AmorimBall sebelum ini memuat naik satu tangkap layar memaparkan pemain itu meluah bahawa dia tidak diturunkan pada awal permainan dengan Marcus Rashford, Joshua Zirkzee dan Amad Diallo dipilih.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu berlaku ketika Manchester United berada di bawah kendalian Amorim atau Erik ten Hag memandangkan setakat ini, dia sudah berada dalam kesebelasan utama sebanyak 13 kali.
Penyokong The Red Devils itu kemudiannya meminta Garnacho bersabar dan menegaskan masanya akan tiba memandangkan ketika ini, dia sudah menjadi antara watak penting dalam pasukan.
Perbualan itu menceritakan bagaimana Zirkzee (kiri) dan Rashford berada dalam kesebelasan utama. — Agensi
Sebuah lagi perkongsian turut dilakukan pengguna yang sama apabila dia memuat naik tangkap layar yang difahamkan daripada perbualannya bersama abang kepada pemain terbabit.
Perkara sama turut dibincangkan iaitu berhubung penyerang sayap terbabit memandangkan dia disisihkan dengan pihak kejurulatihan Manchester United lebih mempercayai gandingan Diallo, Zirkzee dan Rashford.
Setakat ini, jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL) itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi itu meskipun terdapat ura-ura mengatakan mereka sanggup melepaskan Garnacho.
Malah, pihak pengurusan juga tidak menyatakan bahawa terdapat siasatan dilancarkan mengenainya, sekali gus menimbulkan persepsi bahawa perkara itu hanya cubaan sesetengah individu untuk mengganggu keharmonian pasukan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram