MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk mempertimbangkan tawaran daripada mana-mana pasukan bagi penyerangnya, Marcus Rashford menjelang jendela perpindahan pada Januari nanti.
Rashford menjaringkan 138 gol untuk United sejak menyertai pasukan senior pada 2016, tetapi selepas kempen yang menakjubkan pada 2022/2023, dia gagal untuk mengulangi prestasi itu.
Walaupun menampilkan prestasi yang baik pada 2024/25 dengan tujuh gol setakat ini, namun kelab itu melihat penjualan Rashford lebih bernilai berbanding mengekalkannya.
BACA LAGI: Bintang JDT antara 2 rekrut jendela kedua belum menyengat, tak bawa hasil
BACA LAGI: Drama bola sepak berterusan, ada kelab Liga M hantar surat tarik diri?
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford.
United dilaporkan melihat penjualan Rashford sebagai langkah yang lebih menguntungkan berbanding mengekalkannya terutama dengan gaji tinggi yang perlu ditanggung dan kebimbangan mengenai pematuhan peraturan kewangan.
The Telegraph juga melaporkan bahawa United bimbang tentang gaya hidup penyerang itu di luar padang dan berasakan dia kurang fokus.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kebimbangan mengenai gaya hidup Rashford yang mempengaruhi prestasinya.
Sementara itu, selain Barcelona, kelab Liga Pro Saudi dan Paris Saint-Germain disebut sebagai destinasi yang sesuai untuk Rashford.
Untuk rekod, Rashford menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United pada 2023 dan mempunyai baki tiga setengah tahun lagi.
Difahamkan, gaji tinggi dan penurunan prestasi berterusan mungkin menyukarkan kelab untuk melepaskannya jika tidak ada tawaran menarik. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram