MANCHESTER United mengekalkan prestasi membanggakan selepas berhasil menundukkan Leicester City dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Old Trafford pada Ahad.
Beraksi di bawah kendalian pengendali sementara, Ruud van Nistelrooy, gergasi Liga Perdana Inggeris itu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan kelab Greece, PAOK Thessaloniki, 2-0 dalam aksi Liga Europa, pada 8 November lalu.
Dalam kegembiraan itu, hasil jaringan Alejandro Garnacho pada minit ke-82 mencetuskan tanda tanya, apabila dia memilih untuk tidak meraikan gol ketiga pasukannya, bersama penyokong yang hadir.
BACA LAGI: [VIDEO] Garnacho sentap kena sekolah dengan penyokong
BACA LAGI: Beri peluang tonggak JDT, bakat TFC buktikan kemampuan — Safee Sali
Garnacho Goal Vs Leicester#ManchesterUnited #ManUtd #LeicesterCity pic.twitter.com/82emocxKom
— Sports channel (@Tumo21991) November 10, 2024
Dari luar kotak penalti, Garnacho melepaskan rembatan melengkung yang cantik ke atas penjuru gawang, memastikan tiga mata penuh dalam perlawanan terakhir Nistelrooy sebagai pengurus sementara.
Malangnya, penyokong di Old Trafford tidak dapat melihat sambutan yang bersemangat daripada penyerang sayap Argentina itu.
Tonggak berusia 20 tahun itu pada awalnya kelihatan seperti hendak berlari ke arah penyokong sebelum berpatah balik dan berjalan kembali ke tengah padang untuk meneruskan permainan.
Kapten Bruno Fernandes bagaimanapun tampil menjelaskan punca rakan sepasukannya itu bertindak sedemikian.
Menurutnya, Garnacho menjaringkan jaringan yang hebat tetapi tidak meraikannya seperti kebiasaan kerana dia menganggap beberapa penyokong sudah hilang keyakinan terhadap dirinya.
"Saya beritahu dia, orang akan sentiasa mengeluh, tetapi (masih) ramai lagi yang menggemari aksinya.
"Saya menyuruhnya meraikan (gol tersebut kerana) ia sesuatu yang istimewa. Dia adalah pemain istimewa, dia mempamerkan corak permainan berbeza. Mereka ini yang akan membantu pasukan meraih kemenangan.
"Memang kita ingin mereka mencetak gol di setiap perlawanan, tetapi itu tidak akan terjadi," kata Fernandes, yang menjaringkan gol pembukaan Manchester United, kepada BBC Sport.
This isn’t useful or constructive. It’s insulting and unnecessary. Fair play to Garnacho for putting him in his place.
— Jay Motty (@JayMotty) November 7, 2024
Garnacho baru-baru ini ditegur oleh seorang penyokong Manchester United yang menyuruhnya agar menjalani semula latihan untuk memperbaiki sentuhan pertamanya.
Pada awalnya, Garnacho tidak memberi reaksi dan berpaling daripada pengkritik tersebut namun penyokong itu berterusan 'mengganggunya'.
Kritikan yang berlaku di Old Trafford sebelum perlawanan pada Khamis lalu, dibalas dengan sindiran oleh Garnacho.
"Kenapa kamu tak main bola?" soalnya ringkas sebelum berlalu pergi.
Insiden itu, yang turut tular di media sosial, menjelaskan sebab Garnacho mungkin berasa sedikit kekok dan renggang dengan penyokong. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram