Penang jadi 'role model', Selangor dan Kuching City tuntut balik pemain


  • Podium
  • Khamis, 12 Dis 2024

Penyokong Selangor dan Kuching City harap kelab boleh memanggil pemain-pemain mereka kembali seperti dilakukan oleh Penang FC.

SATU kesilapan bagi pihak pengurusan Penang FC apabila memanggil semula pemain utama mereka, Syamer Kutty Abba dan Adib Ra'op untuk beraksi dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Cabaran 2024 menentang PT Athletic FC pada Selasa (10 Disember).

Kini penyokong Selangor FC dan Kuching City FC pula mendesak agar pihak pengurusan memanggil semula pemain-pemain yang diberikan pelepasan untuk ke skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi penting minggu ini.

Selangor FC akan melakukan debut pertama dalam saingan Piala Cabaran menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) apabila tersingkir dari kejohanan Piala Malaysia 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis (12 Disember).

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan sepasukan Jude Bellingham, Cole Palmer antara 3 bintang Timor Leste mampu buat Harimau Malaya menangis

BACA LAGI: Manchester City kelab terakhir saya — Pep Guardiola

Pihak pengurusan Selangor melepaskan tiga pemain mereka iaitu Harith Haikal, Kalamullah Al-Hafiz dan Khuzaimi Piee untuk membantu Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Asean kali ini.

"Selamat kembali ke (Selangor) malam ini (Khamis) Kalamullah dan Harith Haikal," kata Mohd Ammar.

"Kalau Penang boleh panggil, Selangor pun mesti panggil balik terutamanya Harith Haikal," ujar Izwan Roslan.

"Kekalkan Khuzaimi dekat Harimau Malaya, panggil balik Kalamullah dengan Harith Haikal sebelum mereka terbang ke Thailand," jelas Syafiq Hakimi.

Perkara ini turut diperkuatkan dengan ciapan yang dimuat naik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam media sosial apabila hampir 10 pemain tidak akan bersama skuad kebangsaan di Bangkok, Thailand.

"Enam pemain dari Sabah dan Selangor kembali ke kelab untuk tugasan bersama majikan, tiga pemain alami kecederaan - Darren Lok, Syafiq Ahmad dan Fergus Tierney."

Manakala penyokong Kuching City pula mendesak pihak pengurusan memanggil semula Jimmy Raymond dan Daniel Amier untuk membantu pasukan menewaskan Sabah FC di pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 pada Ahad (15 Disember).

"Selamat kembali (Jimmy dan Daniel) dalam Piala Malaysia menentang Sabah Ahad ini," luah Danish Junior.

"Kalau Penang boleh panggil pemain mereka balik main Piala Cabaran, kenapa Kuching tak boleh cuba?" soal Albinz Muntos.

"Bagus main dengan Kuching daripada duduk dekat bangku simpanan Harimau Malaya," komen Senja Nan Merah.

Namun begitu, jika kelab-kelab Liga Malaysia terus melakukan perkara sebegini ia boleh mendatangkan kecederaan serius buat pemain-pemain kerana tidak cukup masa berehat dan pulih daripada perlawanan yang berintensiti tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram