PEMAIN sayap, Alejandro Garnacho membalas cemuhan seorang peminat yang mengejeknya di luar Old Trafford sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester NIUnited pada Khamis.
Penyerang sayap Argentina yang sibuk menandatangani autograf untuk penyokong ketika dia masuk ke stadium didatangi salah seorang penyokong tuan rumah.
Tonggak berusia 20 tahun itu berdepan prestasi yang mengecewakan dalam aksi bertemu Chelsea apabila mensia-siakan peluang untuk mencetak jaringan yang nampaknya menjadi bahan ejekan penyokong tersebut.
BACA LAGI: Mungkin ucap selamat tinggal, tonggak Sang Badak tinggal selangkah ke Selangor FC
BACA LAGI: Beri peluang tonggak JDT, bakat TFC buktikan kemampuan — Safee Sali
Menerusi video yang diongsikan di laman X itu, kelihatan salah seorang penyokong memberi kritikan kepada Garnacho.
"Hari ini kena buat hantaran yang lebih baik, ya? Tolong, hantarlah lebih baik hari ini," kata penyokong itu.
Pada awalnya, Garnacho tidak memberi reaksi dan berpaling dari pengkritik tersebut namun penyokong itu terus berusaha mengkritiknya.
This isn’t useful or constructive. It’s insulting and unnecessary. Fair play to Garnacho for putting him in his place.
— Jay Motty (@JayMotty) November 7, 2024
"Jaringkan gol dan baiki sentuhan pertama kamu juga, ya?," katanya lagi.
Garnacho yang dilihat sentap dan tidak tahan dengan kritikan itu menjawab pertanyaan penyokong itu.
"Kenapa kamu tak main?," katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan penyokong tersebut.
Susulan itu, ramai penyokong berasakan Garnacho tidak boleh menerima teguran dan kritikan yang diberikan kepadanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram