Fans Terengganu, KDN bergabung luah rasa kecewa aksi 'Derby Pantai Timur' diadakan di Selayang


  • Podium
  • Isnin, 02 Dis 2024

Perlawanan antara kedua-dua pasukan Pantai Timur itu masih menarik perhatian ribuan penyokong saban musim. — Facebook/Terengganu FC

'DERBY Pantai Timur' merupakan satu pertembungan yang amat dinanti-nantikan satu ketika dahulu kerana mana-mana pasukan dari Terengganu dan Kelantan sering mewarnai arena bola sepak tanah air.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, keunggulan lebih berpihak kepada skuad Sang Penyu yang berada di tahap cemerlang sekiranya hendak dibandingkan pasukan dari negeri jirannya itu.

Ini termasuk Kelantan FC dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC yang masing-masing berdepan isu di luar padang sehingga menyebabkan pasukan itu tidak dapat menampilkan persembahan konsisten.

BACA LAGI: Lama menghilang, tonggak Sang Badak sudah kembali menjelang 'Derby Borneo'

BACA LAGI: Fans Sang Badak setuju bintang pinjaman JDT wajib diawasi dalam aksi Derby Borneo

469045308_569020942506011_529023019122500088_n

Pertemuan dua pasukan Pantai Timur itu diadakan di Stadium Selayang. Facebook/Terengganu FC

Namun, tarikan masih dapat dirasakan kerana melihat kepada aksi-aksi kebelakangan ini, penonton masih membanjiri stadium untuk menyaksikan pertemuan antara seteru tradisi itu.

Kehangatan berkenaan diteruskan sehingga musim ini apabila penyokong masih bersemangat menjelang pertembungan Terengganu FC dan KDN FC dalam Liga Super buat kali kedua.

Tetapi, di sebalik kemeriahan itu, mereka mula mengeluh selepas pihak pengurusan skuad Kijang Emas yang memilih Stadium Selayang, Selangor sebagai 'rumah' pasukan berkenaan.

Keputusan tersebut dibuat berikutan kerja-kerja mengubah suai diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan yang menyaksikan venue tersebut tidak dapat digunakan bagi perlawanan terbabit.

Pemilihan Stadium Selayang menyebabkan penyokong kedua-dua kelab meluahkan kekecewaan bersama-sama di media sosial kerana mereka berasakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sepatutnya memutuskan perkara berkenaan lebih awal.

kb04-30052022-stadium_2392556_20220530215326

Stadium Sultan Muhammad ke-IV sedang diubah suai dan hanya boleh beroperasi tahun depan.

"Pening KDN pun, esok lusa mahu diadakan perlawanan baru hendak dikhabarkan lokasi perlawanan. Susahlah untuk penyokong merancang perjalanan mereka," kata Ahmad Zulhafiz.

"Kenapa pula diadakan di Stadium Selayang? Semoga maju jaya Terengganu FC!" kata Bunga Anggerik.

"Patutnya pilihlah stadium sekitar Pantai Timur, ini lebih baik daripada jauh ke Selangor. Kalau main di sini, bolehlah beramai-ramai turun ke stadium," kata Jario Pablo.

Skuad Kijang Emas sebelum ini terpaksa beraksi di Stadium MBPJ, Selangor bagi pertemuan pusingan 16 pasukan Piala Malaysia berdepan Perak FC dengan kekalahan dialami pasukan terbabit.

'Rumah' KDN FC itu dijangka hanya akan dibuka tahun depan dengan kerja-kerja membaik pulih akan menyaksikan stadium itu berada dalam keadaan lebih baik bagi pasukan di negeri Pantai Timur tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram