PEMAIN muda Selangor FC yang kini berkelana di FC Osaka, Muhammad Abu Khalil mahu menggunakan segala pengalaman yang diperolehnya untuk Harimau Malaya.
Muhammad dipanggil oleh Pau Marti untuk menyertai skuad Harimau Malaya pertama kali dalam kariernya untuk berdepan cabaran Piala Asean.
Pemain itu bersama-sama tiga rakan di Selangor menyahut panggilan negara iaitu Kalamullah Al-Hafiz, Khuzaimi Piee dan Aiman Hakimi.
BACA LAGI: Esteban Solari 'ikuti' FAM, jadi petanda sertai revolusi Harimau Malaya
BACA LAGI: Cemerlang bersama Harimau Malaya, fans mahu KDN FC 'jago molek' Ghaddar Kelate
Menurut Muhammad, dia berharap pengalaman beraksi di Jepun dapat digunakan sebaiknya dalam membantu Harimau Malaya meraih kejuaraan Asia Tenggara sejak 2010.
"Saya amat bersyukur kerana terpilih menyertai skuad senior Malaysia. Ia menjadi impian saya untuk beraksi buat negara.
"Saya ingin gunakan pengalaman beraksi bersama FC Osaka untuk beraksi dengan sebaiknya di Piala Asean. Saya akan lakukan yang terbaik dalam kejohanan ini untuk buatkan nama FC Osaka dikenali di seluruh Asia," ujar Muhammad kepada media rasmi FC Osaka.
Pemain itu melakukan pengorbanan apabila meninggalkan kelabnya ketika sedang berjuang untuk meraih kenaikan pangkat ke saingan J2 League daripada J3 League.
FC Osaka yang menamatkan saingan liga di tempat keenam berpeluang untuk naik ke J2 League menerusi penentuan play-off.
"Saya akan tinggalkan kelab ketika mereka menghadapi play-off untuk ke J2 League, tapi saya percaya rakan sepasukan saya boleh mencapainya. Kami bersatu dalam satu semangat," ujar Muhammad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram