[VIDEO] 'Wak Am tak salah', ramai rasa keputusan pengadil silap


  • Podium
  • Ahad, 24 Nov 2024

Amri pernah menyertai pasukan Sabah FC sebelum kini berpindah ke kelab PT Athletic.

PERLAWANAN Piala Malaysia 2024 pada Sabtu menyaksikan Sabah FC dengan mudah menundukkan Putrajaya (PT) Athletic FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Aksi Mohd Amri Yahya yang digandingkan bersama alumni Liga Super, Indra Putra Mahayuddin antara yang turut mencuri perhatian dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 4-0.

Pada babak kedua, penonton disajikan dengan kelincahan Amri yang bertindak merampas bola di kaki Gabriel Peres dan menghasilkan gerakan yang memberikan gol buat PT Athletic.

BACA LAGI: Ong Kim Swee beri kemenangan ke-50 buat Sang Badak, fans anggap hanya perlawanan latihan Sabah FC

BACA LAGI: Pernah wakili kelab Jepun, Chan Vathanaka antara 3 import Asean 'underrated' di Liga Malaysia

Gandingan pemain berusia 43 tahun itu bersama Indra Putra menghasilkan jaringan cantik dari luar kotak penalti sebelum pengadil membatalkan gol tersebut.

Keputusan oleh pengadil itu ternyata membuatkan Amri tidak berpuas hati dengan beberapa reaksi dilakukannya.

Menjengah ke ruangan di laman Facebook, rata-rata penyokong menyuarakan pandangan masing-masing berhubung kejadian itu, dengan ramai yang beranggapan keputusan pengadil adalah salah.

"Wak Am (Amri) tak salah pun, pengadil tengok apa? Dah tahu nak menilai..," tulis Has Hassan.

"Masalah pengadil tak berpenghujung," kata Ramly Nasir Nasir.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram