Baru setahun berpasangan, Pang Ron-Su Yin jejak pentas final China Masters buat julung kalinya


  • Podium
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Pang Ron-Su Yin berjaya mara ke final China Masters, Shenzen, China. — The Star

PEMAIN beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin berjaya mara ke final China Masters dengan kemenangan membanggakan menentang pasangan no.7 dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet.

Pasangan no. 23 dunia itu berjuang dengan cemerlang untuk bangkit dengan kemenangan 21-14, 17-21, 21-19 dalam masa 65 minit di Gimnasium Shenzhen, China pada Sabtu.

Pasangan itu yang baru saja disatukan pada 2023 kini berjaya menjejak final pertandingan jelajah dunia pertama mereka.

BACA LAGI: MiSHA-UTM terokai kerjasama dengan UBT Jeddah dalam bidang keselamatan dan kesihatan

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat tunjuk belang, ‘Abang Lori’ tak mengaku guna telefon ketika memandu semasa ditahan JPJ

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut pasangan itu ke atas Chu Man-Ying Suet selepas turut menumbangkan mereka dalam Terbuka Macau pada September lalu.

Berada di hadapan mereka untuk merangkul gelaran juara pada Ahad nanti adalah pilihan tuan rumah dan pasangan nombor dua dunia Feng Yanzhe-Huang Dongping. — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram