PEMAIN beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin melakar kemenangan menakjubkan ke atas pasangan tuan rumah nombor tiga dunia, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin untuk mara ke suku akhir China Masters.
Pang Ron-Su Yin berjuang dengan cemerlang untuk bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Zhenbang-Yaxin 16-21, 21-14, 21-19 dalam perlawanan mendebarkan selama 51 minit di Gimnasium Shenzhen, dekat Shenzhen, China pada Khamis.
Ia merupakan kemenangan pertama beregu nombor 23 dunia itu ke atas gandingan China berkenaan selepas tewas kedua-dua pertemuan lampau mereka.
BACA LAGI: Masters China: Jun Hao tersingkir, Pearly-Thinaah tewaskan beregu tuan rumah
BACA LAGI: Kempen cemerlang Kumamoto Masters berakhir, Jun Hao kalah di final kepada bintang China
Untuk info, ia juga merupakan kemenangan terbesar Pang Ron-Su Yin sejak mereka disatukan pada tahun lalu.
Mereka selepas ini akan berdepan gandingan Taiwan yang berada di kedudukan ke-33 dunia, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui bagi perebutan tiket ke separuh akhir pada Jumaat.
Selain itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga berjaya mara ke suku akhir selepas menyingkirkan Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis 14-21, 23-21, 21-8.
Pemain nombor 10 dunia, Tang Jie-Ee Wei akan menentang pemain rumah nombor 13 dunia, Guo Xinwa-Chen Fanghui.
Ia adalah penghujung jalan bagi pasangan bebas Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien selepas mereka tumbang 21-17, 15-21, 9-21 kepada Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram