Masters China: Jun Hao tersingkir, Pearly-Thinaah tewaskan beregu tuan rumah


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Pearly-Thinaah meneruskan kemaraan ke pusingan kedua. — Facebook/BAM

PASANGAN beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah bermula gagah di Masters China apabila mereka mara ke pusingan kedua pada Rabu.

Beregu nombor enam dunia itu menumbangkan pasangan beregu wanita baharu China, Ding Keyun-Wang Yiduo 21-16, 21-14 pada pusingan pembukaan di Gimnasium Shenzhen dekat Shenzhen, China.

Pearly-Thinaah berkemungkinan menentang pemain Taiwan, Hsu Yin-hui-Lin Jhih-yun atau pasangan beregu dari Jepun, Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto dari Jepun pada pusingan kedua.

BACA LAGI: Bukan setakat Asia, Eropah kini semakin ramai bintang badminton

BACA LAGI: Kelab-kelab badminton boleh mula bersatu, anjurkan pertandingan bantu pembangunan pemain

Pemain pilihan kelima Malaysia itu berharap untuk bangkit selepas tersingkir pada pusingan pertama yang mengecewakan pada kejohanan Masters Jepun minggu lepas.

Dalam kategori perseorangan lelaki, Leong Jun Hao tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlangnya di Masters Jepun minggu lalu apabila dia tumbang kepada pemain Jepun, Takuma Obayashi 12-21, 11-21 pada pusingan pertama. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram