[VIDEO] Sempat tunjuk belang, ‘Abang Lori’ tak mengaku guna telefon pintar ketika memandu semasa ditahan JPJ


  • Tular
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan pemandu lori terbabit ketika ditahan anggota JPJ baru-baru ini.

SEORANG pemandu lori dilihat cuba melawan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika ditahan dan disaman kerana menggunakan telefon pintar ketika memandu.

Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, berlaku situasi tegang antara kedua-dua individu tersebut di tepi jalan.

Pemandu itu pada awalnya memberi alasan bahawa dia sedang melihat pesanan yang diterima daripada pelanggan.

BACA LAGI: MiSHA-UTM terokai kerjasama dengan UBT Jeddah dalam bidang keselamatan dan kesihatan

BACA LAGI: Amorim terpaksa guna kata-kata Mourinho untuk hidupkan semula impian fans Man United

6199274882613756845

Alasan tersebut kemudiannya ditepis anggota terbabit dengan mengatakan memegang telefon pintar ketika memandu merupakan kesalahan.

"Kalau nak tengok order (pesanan) letak di pemegang telefon, tengok sekejap boleh. Tapi kalau pegang tak boleh.

"Berhenti tepi dulu kalau nak tengok lama," kata anggota tersebut.

Begitupun, pemandu itu tetap mempertahankan dirinya dengan menggunakan bahasa yang kasar.

"Nanti aku cakap dengar dulu. Aku nak tengok order. Bukan salah aku," bidasnya.

Pergaduhan mulut itu bagaimanapun terhenti selepas anggota tersebut menyebut akta yang menyatakan tentang kesalahan berkenaan.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan JPJ berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram