PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola memberikan 'amaran' kepada semua seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) terutamanya Liverpool apabila memilih terus bersama kelab tersebut.
Pengendali dari Sepanyol itu bersetuju untuk terus bersama City dengan menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal di Stadium Etihad sehingga 2027.
Keputusan tersebut menamatkan spekulasi yang mengatakan Guardiola mahu meninggalkan City selepas kontraknya tamat pada 2025.
BACA LAGI: Pep Guardiola senyap-senyap bincang tugas besar lepas keluar Man City
BACA LAGI: Masa terbaik Arsenal menang EPL, orang kuat Pep Guardiola bakal tinggalkan Man City
Pep Guardiola terus kekal di Manchester City untuk 'melukakan' Liverpool.
Memetik laporan di England, Guardiola mengakui yang dia terfikir untuk menamatkan masanya bersama City tetapi dia berasakan sekarang bukanlah waktunya.
"Sejak permulaan musim ini, saya ada banyak fikir, ada beberapa ketika, saya berterus-terang, yang musim ini sepatutnya menjadi yang terakhir kerana semuanya pasti akan berakhir.
"Tapi dalam masa yang sama, apabila situasi datang dan kami ada masalah pada bulan lepas, saya rasakan ia bukan masanya untuk pergi. Saya akan kecewakan kelab dan saya ada firasat saya perlu lakukannya (kekal di City).
"Jangan tanya saya kenapa, mungkin kerana faktor kami kalah empat kali berturut-turut jadi punca untuk saya tidak boleh pergi. Saya rasakan kelab masih mahukan saya dan hakikat yang kami masih bersama dan itu adalah sebab kenapa saya terus kekal," ujarnya.
Kekalnya Guardiola di City secara tak langsung menyukarkan misi Liverpool untuk memenangi EPL musim ini walaupun sedang mendahului liga dengan kelebihan lima mata.
Guardiola yang berjaya membawa City memenangi EPL empat kali berturut-turut sudah pasti mempunyai azam untuk memanjangkan rekod tersebut kepada lima sekali gus menjadi menjadi satu-satunya pengurus yang berbuat demikian.
Keberadaan Guardiola bersama City akan memastikan Arne Slot dan Liverpool berasa sukar untuk mencapai gelaran liga ke-20 sekali gus menyamai rekod dipegang Manchester United. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram