PEMERGIAN Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali Sabah FC jelas menimbulkan kesedihan dalam kalangan penyokong kelab itu.
Kim Swee tinggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat pada akhir November dengan perlawanan Piala Malaysia bertemu PT Athletics menjadi tugasan terakhirnya.
Dengan pemergiannya daripada Sabah FC atas faktor kontrak tamat tempoh di pertengahan musim, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan dalam liga Malaysia hinggakan seorang jurulatih berkaliber terpaksa meninggalkan kelab semasa musim masih berjalan.
BACA LAGI: Perbicaraan tuntutan gaji LTK-Perak FC bersambung Selasa, pertukaran mahkamah tak beri kesan
BACA LAGI: Kim Swee sah tinggalkan Sabah, kuatkan spekulasi kembali ke Kelana Jaya ikut Nafuzi
Masa depan Tukhtasinov bersama Terengganu masih jadi tanda tanya.
Hal ini kerana, situasi itu bukannya terjadi buat kali pertama dalam Liga Super musim ini. Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan Terengganu FC bakal kehilangan bintang utama mereka iaitu Nurillo Tukhtasinov pada akhir tahun kerana isu kontraknya yang berakhir pada sama tempoh seperti Kim Swee.
Bagi penyokong bola sepak tempatan, Piang Shankly, dia melihat situasi tersebut bakal berterusan dengan lebih ramai pemain dan jurulatih akan meninggalkan kelab masing-masing.
Ia berpunca dengan aturan tempoh kontrak yang sering mengikut kalendar tahunan. Ia menjadi isu kerana jadual bola sepak tempatan diadakan secara rentas tahun (cross-year).
Perkara itu memberikan masalah dengan pemain dan jurulatih terdedah kepada risiko kehilangan kerja akibat tempoh kontrak dan kalendar musim yang tidak selari.
Kim Swee meninggalkan Sabah selepas tiga tahun.
"Inilah liga kartun. Kontrak para jurulatih dan pemain tamat di tengah musim di luar jendela perpindahan.
"Saya jangka banyak lagi kes sebegini akan muncul dalam masa terdekat," kata Piang.
Dengan kedua-dua jendela perpindahan Liga Super musim ini sudah pun dilalui, situasi pastinya sukar bagi pemain yang tamat kontrak. Jika kelab memberikan kontrak lanjutan sekurang-kurangnya sehingga tamat musim, ia mungkin cerita berbeza.
Jika tiada tindakan proaktif daripada kelab, ia pasti akan menyukarkan semua pihak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram