KEHANGATAN Piala Malaysia bermula sebaik saja rehat bola sepak antarabangsan dengan aksi pusingan 16 pasukan terbaik dalam misi memburu kejuaraan.
Di Pulau Pinang, Penang FC akan menyambut kehadiran kelab Sarawak, Kuching City FC pada aksi yang diadakan di Stadium Bandaraya, Georgetown pada Khamis.
Ia menjadi ujian pertama buat pengendali baharu Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, yang cuba mengubah prestasi buruk Harimau Kumbang ketika ini.
BACA LAGI: Tak fikir panjang terima tawaran Penang, Wan Rohaimi sedar cabaran sukar menanti
BACA LAGI: Terus berikan kejutan, Kuching City sedia ketuk pintu 'Top 4' Liga Super
Moses Atede tidak bersama skuad Kuching City ke Penang.
Namun begitu, menentang Kuching City pastinya bukan ujian mudah buat Rohaimi. Bertemu kelab yang dianggap dark horse dalam Liga Super, pastinya cabaran sukar menang Penang walaupun di laman sendiri.
Akan tetapi, Penang pastinya boleh menarik nafas lega apabila Kuching City kehilangan tonggak import mereka yang masih tidak bersama kelab dalam lawatan ke Pulau Pinang.
Hal ini kerana, pemain import Kuching City, Moses Atede dilaporkan tidak bersama skuad Aidil Sharin Sahak untuk perlawanan kali ini.
Ketiadaannya jelas menggusarkan penyokong Kuching City yang mahukan dia bersama kelab dalam misi memburu kejuaraan.
Dilaporkan, Atede tidak sempat menyertai rakan-rakan Kuching City ke Pulau Pinang kerana dia masih bersama skuad kebangsaan Bahrain yang menyertai pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Bahrain menentang China dan Australia yang menyaksikan Atede adalah sebahagian daripada pemain simpanan yang tidak digunakan.
"Moses masih di Bahrain," ujar penyokong bernama Faiq Faiq.
"Tak nampak pun ada Moses? Mesti tak sempat nak balik sebab ada perlawanan dengan Bahrain," kata Zainurien Renzo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram