Masa terbaik Arsenal menang EPL, orang kuat Pep Guardiola bakal tinggalkan Man City


  • Podium
  • Rabu, 09 Okt 2024

Txiki Begiristain (pegang piala, kiri) dilaporkan akan tinggalkan Manchester City pada akhir musim.

PELUANG Arsenal untuk akhirnya kembali merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat cerah selepas Manchester City dihimpit badai di kelab mereka.

Hal ini kerana, pengarah sukannya, Txiki Begiristain dilaporkan sedia meninggalkan kelab itu pada penghujung musim 2024/2025.

Menurut laporan di England, Begiristain merupakan watak penting kepada kejayaan Pep Guardiola di City dengan tugasnya sebagai pengarah sukan dijalan dengan baik.

BACA LAGI: Masih belum terlepas 115 dakwaan, Man City tarik nafas seketika lepas 'kalahkan' EPL

BACA LAGI: [VIDEO] Penganalisis kemuka bukti, Michael Oliver didakwa pengadil Manchester City

Dengan kontrak Begiristain serta Guardiola semuanya akan berakhir pada hujung musim ini, spekulasi bertiup kencang yang mereka akan meninggalkan City selepas tamat kempen 2024/2025.

Ia memberikan tanda tanya kepada City kerana Guardiola juga masih tidak menandatangani kontrak baharu bersama kelab tersebut dan situasi itu pastinya menarik perhatian seteru EPL mereka.

Semestinya pencabar terdekat, Arsenal menyambut baik berita pemergian Begiristain kerana tanpanya, City boleh 'tempang' sekali gus The Gunners boleh mengambil kesempatan untuk kembali menguasai bola sepak England.

Sejak beberapa musim, Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta menjadi pencabar hebat City dalam EPL namun mereka sering kecundang di penghujung jalan.

Jika benar Begiristain serta Guardiola meninggalkan kelab, pastinya saingan lebih terbuka merebut kejuaraan serta impian Arsenal kembali ke takhta boleh terlaksana. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram