PEMERGIAN Datuk Ong Kim Swee daripada Sabah FC membuka ruang baharu untuk individu lain hadir dan meneruskan legasinya di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Dengan ada kelompongan besar yang perlu diisi, Sabah perlu mencari pengganti tepat bagi memastikan kelab Borneo itu terus bersaing dan tidak ketinggalan dipotong oleh seteru lain.
Sama ada mahukan yang berpengalaman atau pengendali baharu sedang meningkat naik, Sabah ada pelbagai pilihan.
BACA LAGI: Kim Swee sah tinggalkan Sabah, kuatkan spekulasi kembali ke Kelana Jaya ikut Nafuzi
BACA LAGI: Selangor, Terengganu boleh berebut khidmat Kim Swee jika dilepaskan Sabah
Nidzam Jamil
Satu nama yang boleh dipertimbangkan oleh Sabah adalah dengan mendapatkan Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu mereka.
Perletakkan jawatannya daripada Selangor FC mengejutkan ramai pihak dengan namanya disebut-sebut dengan beberapa kelab seperti Terengganu FC.
Nidzam Jamil melepaskan jawatannya di Selangor.
Dengan Kim Swee kini pergi, Nidzam dilihat calon berpotensi untuk menggantikannya dan meneruskan legasi kestabilan skuad Sang Badak yang dihasilkan bekas jurulatih Malaysia itu.
Nidzam merupakan generasi baharu kejurulatihan negara, jika Sabah mahu melabur kepadanya, dia adalah calon sesuai.
Tan Cheng Hoe
Pengambilan Kim Swee dianggap sebagai berprofil tinggi pada tiga tahun lalu dan ia nyata mengujakan penyokong Sabah waktu itu.
Jika Sabah ingin terus merekrut pengendali berprofil tinggi, mereka boleh cuba membawa Tan Cheng Hoe ke Likas untuk mengemudi mereka.
Tan Cheng Hoe pernah mengendalikan Malaysia sama seperti Kim Swee.
Tan Cheng Hoe dianggap sebagai antara jurulatih elit negara dengan mempunyai corak permainan jelas serta berjaya membuat sesebuah skuad itu berdaya saing.
Dengan skuad Sabah sedia ada sudah cukup ampuh, kepakaran Cheng Hoe pastinya dapat membantu kelab itu pergi lebih jauh daripada tahap mereka sekarang.
Scott Ollerenshaw
Nama yang sinonim dalam bola sepak Sabah boleh menjadi calon wildcard sekiranya mereka mahu berjimat dan tidak membawa mana-mana pengendali baharu.
Ollerenshaw kini bertugas sebagai pengarah teknikal di Sabah boleh diamanahkan tugas untuk menggantikan Kim Swee sekiranya pengurusan kelab memerlukannya.
Ollerenshaw menjadi pengarah teknikal Sabah sejak 2021.
Dengan dia begitu mengetahui mengenai bola sepak Sabah, pemilihan Ollerenshaw dilihat sebagai pelantikan "selamat dan kurang risiko" ditambah dengan bekas pemain Australia itu sudah pun berada di dalam kelab.
Akan tetapi, segalanya di tangan pengurusan Sabah. Pemilihan kepada pengganti Kim Swee amat penting dalam mencorak masa depan Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram