Persembahan 'next' Arif Aiman pukau fans JDT, siap ada yang ramal 'kalau polish, confirm meletop'


  • Podium
  • Khamis, 21 Nov 2024

Alif Mutalib (kanan) mencuri tumpuan dalam aksinya berdepan KL Rovers.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala Malaysia mereka dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan pasukan Liga A1 Semi-Pro, Kuala Lumpur Rovers pada Rabu.

Dalam perlawanan pertama untuk pusingan 16 pasukan terbaik yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, JDT meraih kemenangan 3-0 menerusi hatrik pemain senior iaitu Heberty Fernandes.

Di sebalik kemenangan selesa itu, JDT dilihat menurunkan lawan yang berbeza apabila Hector Bidoglio membariskan para pemain dari skuad kedua Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Arif Aiman-Tommy bukan paling teruk, FAM pernah gantung lebih lama 3 pemain termasuk Ronaldinho

BACA LAGI: Bukan lagi ura-ura penyokong, khabar angin Arif Aiman ke Rangers raih perhatian media Scotland

467636308_1141082247387750_7821261773409370206_n

Alif (tengah) melakukan penampilan pertamanya untuk JDT ketika bertemu KL Rovers.

JDT memberikan Alif Mutalib, G. Pavithran dan Chrisitian Abad penampilan pertama bersama skuad utama Harimau Selatan dan ia berjaya menarik perhatian penyokong yang hadir dengan persembahan mereka.

Tumpuan nyata terarah kepada Alif yang beraksi di bahagian sayap dengan persembahannya mengingatkan penyokong JDT kepada salah seorang bintang utama mereka.

Persembahan baik Alif membangkitkan keterujaan dalam kalangan penyokong JDT dengan mereka berasakan dia ibarat 'the next' Arif Aiman.

Melihat kepada potensi yang ada padanya, ramai berpendapat dengan latihan yang betul, Alif boleh menjadi cemerlang seperti Arif yang kini merupakan watak utama JDT dan skuad kebangsaan.

"Tengok gaya Alif bawa bola tu persis Arif Aiman, kena latih dia lagi untuk lebih agresif dan bijak bawa bola," kata penyokong bernama Anita Hasan.

"Alif Mutalib tu boleh pergi jauh macam Arif Aiman cuma kena berani bawa bola masuk ke depan dalam kotak penalti," komen Hafiz Shah.

"Alif boleh diberi lebih banyak ruang bermain dengan skuad senior JDT, nampak dia ada bakat macam Arif Aiman, kalau polish (digilap bakat) lagi confirm (mesti) 'meletop'," ujar Nazreen Ismail. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram