Tak kalah jumpa Laos & India, Pau Marti yakin HM raih pengalaman berharga


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Marti yakin Malaysia dalam tahap persiapan terbaik menjelang kelayakan Piala Asia.

JURULATIH sementara Harimau Malaya, Pau Marti percaya skuadnya beroleh pengajaran yang berguna daripada dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Laos dan India.

Dua perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Malaya tidak kalah, sebaliknya mereka menewaskan Laos 3-1 di Bangkok, Thailand.

Ketika bertemu India di Hyderabad pula, Malaysia diikat seri 1-1 walaupun pada mulanya mendahului hasil gol Paulo Josue.

BACA LAGI: 'Final Piala AFF perlu jadi sasaran utama', Irfan Bakti persoal mana striker tulen Harimau Malaya

BACA LAGI: Dilema 'club vs country', wajarnya tindakan JDT panggil semua trio biarpun mungkin jejaskan Harimau Malaya

467394438_1271806417225925_4449237516974986177_n

Malaysia diikat 1-1 oleh India di Hyderabad.

Bagi Marti, perlawanan bertemu India yang berada di ranking ke-125 dunia adalah baik buat Malaysia yang menghuni tempat ke-133 ranking FIFA.

Ia sudah pasti menjadi persiapan baik buat Malaysia menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula pada 2025.

"Kami bermain dua perlawanan di tempat lawan. Kami kalahkan Laos di Bangkok dan kami berjaya seri dengan India. Ia adalah persiapan yang baik tapi saya faham yang para pemain mahukan lebih lagi. Mereka mahu menang semua perlawanan.

"Kami rasakan yang persiapan itu membawa hasil dalam beberapa perlawanan, dengan sedikit tuah, ditambah dengan ketepatan, kita akan menang. Jadi, kami mahu terus berkembang," ujarnya.

Walaupun fokus utama adalah untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2027, tetapi sasaran jangka pendek iaitu Piala Asean masih tidak dilupakan Marti.

Dengan kejohanan akan bermula dalam masa dua minggu, Marti tidak gusar dengan persiapan Harimau Malaya memburu mahkota kejuaraan serantau kedua sejak 2010.

"Dengan pusingan kelayakan akan tiba, kami akan jadi lebih baik. Dengan kejohanan Piala Asean akan bermula dalam masa dua minggu, pada saya persiapan dalam keadaan baik," jelas Marti.

Malaysia akan membuka tirai Piala Asean berdepan Kemboja di tempat lawan pada 8 Disember. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram