Dilema 'club vs country', wajarnya tindakan JDT panggil semua trio biarpun mungkin jejaskan Harimau Malaya


  • Podium
  • Selasa, 19 Nov 2024

JDT memanggil semula Davies (kiri), Arif (tengah) dan Feroz (kanan) daripada skuad kebangsaan.

TINDAKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) memanggil semula tiga pemainnya iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan Feroz Baharudin daripada skuad kebangsaan mencetuskan reaksi daripada penyokong.

JDT menjelaskan panggilan semula tiga pemain itu adalah faktor persediaan yang bakal dihadapi mereka dalam Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas aksi bola sepak antarabangsa selesai.

Namun begitu, JDT tidak memanggil semua pemain dengan meninggalkan beberapa pemain. Kenapa mereka bertindak sedemikian?

BACA LAGI: Bukan semata-mata aksi Piala Malaysia, JDT perjelas panggil semula 3 pemain dari kem Harimau Malaya

BACA LAGI: Campuran bintang Latin, bekas bek K-League sesuai dengan cadangan Alistair Edwards

Ada yang boleh dikompromi

Panggilan semula terhadap Arif, Davies dan Feroz itu dibuat atas faktor kelab itu yang mahu membuat persediaan bagi dua kejohanan disebutkan pada awal tadi.

Sebagai rekod, Arif secara jelasnya merupakan watak utama JDT dalam mana-mana kejohanan. Buktinya, sepanjang ACLE, Arif diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam kesemua empat perlawanan diharungi mereka.

Sementara bagi Davies dan Feroz pula, mereka turut memainkan peranan dalam dengan melakukan sekurang-kurangnya beraksi sebanyak dua kali di Asia.

Manakala bagi Syihan, dia masih tidak beraksi untuk JDT di Asia dengan Hector Bidoglio lebih cenderung menggunakan Andoni Zubiaurre.

Melihat kepada situasi itu, tidak hairan mengapa JDT masih berkompromi untuk membenarkan Syihan kekal di Harimau Malaya sambil memanggil semula tiga pemain yang lain.

465713469_1130879778407997_8961869682592145033_n

Zubiaurre (kiri) lebih kerap dipakai ketika saingan Asia oleh JDT.

Adakah terlalu awal?

Melihat kepada panggilan tersebut, ia menimbulkan persoalan, adakah ia terlalu awal untuk JDT bertindak sedemikian? Hal ini kerana, kesemua perlawanan Malaysia diadakan di dalam kalendar FIFA jadi sepatutnya tiada konflik kepentingan berlaku.

Lawan pertama mereka selepas aksi bola sepak antarabangsa adalah Kuala Lumpur Rovers dalam saingan Piala Malaysia pada Rabu. Waktu ini, JDT yang mempunyai ramai pemain berkaliber tidak sepatutnya berdepan masalah menewaskan kelab semi-pro itu sehingga perlu memanggil semula bintang utama mereka.

Hanya selepas berdepan KL Rovers, JDT akan bertemu Shandong Taishan dalam ACLE pada 26 November yang merupakan lawan lebih sukar untuk mereka.

466165221_1134372824725359_5662606796321661733_n

Arif beraksi untuk kesemua perlawanan JDT di Asia.

Situasi yang berlaku sekali lagi menaikkan isu kelab lawan negara (club versus country). Dari satu sudut, JDT dilihat berhak memanggil pemainnya kerana Arif, Davies dan Feroz adalah kepunyaan mereka.

Akan tetapi, dari sudut meletakkan kepentingan negara, tiga pemain itu wajar dikekalkan bersama Harimau Malaya dalam misi mendapatkan ranking lebih baik.

Jelas sekali, dalam keadaan ini JDT mempunyai kelebihan kerana mereka merupakan pemilik pemain itu dan Harimau Malaya cuma 'meminjam' mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram