PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta sensasi apabila berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir Kumamoto Masters.
Walaupun tidak berjaya memenangi kejuaraan itu, tetapi persembahannya menyingkirkan ramai pemain handalan mencuri tumpuan ramai.
Impian meraih kejuaraan di Jepun bagaimana pun musnah apabila Jun Hao kalah kepada bintang China, Li Shi Feng secara straight set 10-21, 13-21.
BACA LAGI: Kempen cemerlang Kumamoto Masters berakhir, Jun Hao kalah di final kepada bintang China
BACA LAGI: Leong Jun Hao terus bergaya, mara ke separuh akhir Kumamoto Masters tumbangkan wakil tuan rumah
Tugasan berdepan jaguh China itu ternyata sukar buat Jun Hao yang berada di ranking 31 dunia. Namun begitu, motivasi daripada jurulatihnya iaitu K. Yogendran berjaya menguatkan semangatnya.
Dalam video yang tular di TikTok, terdapat detik di mana Yogendran sedang memberikan kata-kata motivasi kepada Jun Hao untuk berdepan Shi Feng.
Menyedari tugas itu sukar, tetapi kata-kata Yogendran tetap bermakna untuk membolehkan Jun Hao berdepan Shi Feng dalam perlawanan sukar.
"You tak payah takut punya, you got nothing to lose. Jangan pedulikan itu (gangguan), you main sampai you boleh main. Sudah cukup.
"You main dengan macam-macam strategi, dia (Shi Feng) tak takut. You sibuk nak tukar itu ini, sampaikan tak boleh nak main pun," ujar Yogendran.
Kata-kata Yogendran itu membantu Jun Hao untuk terus memberikan saingan sengit kepada Shi Feng walaupun kemudiannya dia tewas jua.
Namun begitu, jurulatih itu menjalankan tugasnya dengan baik. Apabila pemain memerlukan bantuan, jurulatih ada untuk menolong.
"Apa yang jadi lepas ni, kita akan fikirkan kemudian. Buat masa sekarang, you main permainan you.
"Sekarang ni masuk main you punya game dulu. Sasaran you sekarang adalah ingin menang satu set saja lawan dia, sebab you tak pernah menang satu set lawan dia. Itu sasaran you," ujar Yogendran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram