Sama macam trio JDT, Van Dijk juga pulang awal lepas dipanggil Liverpool


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

Van Dijk kembali semula ke Liverpool selepas beraksi sekali untuk Belanda.

PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk kembali ke kelab itu lebih awal daripada jadual yang ditetapkan selepas dilepaskan oleh skuad kebangsaan Belanda.

Dalam kenyataan rasmi Liverpool pada Isnin, pemain pertahanan itu kembali semula ke England selepas dilepaskan Belanda yang sedang mengharungi Liga Negara-Negara UEFA (UNL).

Van Dijk bermain dalam aksi kemenangan 4-0 Belanda ke Hungary pada Ahad dan tidak akan terlibat pada aksi terakhir kumpulan C menentang Bosnia dan Herzergovina.

BACA LAGI: Meskipun kerap disisihkan, bintang Liverpool jadi watak penting England jinakkan Greece

BACA LAGI: Salah mungkin pergi, Liverpool sasar bintang Brentford sebagai pengganti

467305490_1115219036932441_3115072086186967040_n

Van Dijk (dua dari kanan) kembali semula ke Liverpool.

Menurut Liverpool, Van Dijk akan menjalani pemeriksaan sebaik saja tiba di England sebelum boleh dibenarkan untuk turun berdepan Southampton pada Ahad.

Ia seakan memberikan isyarat yang pertahanan itu mengalami sedikit kecederaan walaupun dia beraksi selama 90 minit ketika menewaskan Hungary.

"Pertahanan tengah itu sudah meninggalkan kem skuad kebangsaan Belanda menjelang aksi UNL menentang Bosnia dan Herzegovina.

"Van Dijk mengetuai negaranya menang 4-0 ke atas Hungary di Amsterdam yang mengesahkan kelayakan mereka ke suku akhir UNL sebelum perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

"Dia akan kembali ke Liverpool pada minggu ini untuk menjalani pemeriksaan menjelang sambungan semula kempen The Reds bertemu Southampton pada Ahad," tulis Liverpool.

Situasi Van Dijk itu kelihatan serupa dengan apa yang terjadi kepada Harimau Malaya apabila tiga pemainnya iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan Matthew Davies dipanggil semula oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas aksi bertemu Laos.

Ketiga-tiga pemain itu tidak terlibat dalam aksi berdepan India. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram