'Asyik backpass je', ekor HM kecewa corak permainan negatif Malaysia jumpa India


  • Podium
  • Selasa, 19 Nov 2024

Malaysia beraksi longlai bertemu India di Hyderabad.

MALAYSIA terlepas untuk meneruskan rentak kemenangan bertemu Laos apabila sekadar seri bertemu India di Hyderabad pada Isnin.

Skuad kendalian Pau Marti pada mulanya berjaya mendahului menerusi Paulo Josue pada minit ke-19 selepas berjaya mengambil kesempatan di atas kesilapan penjaga gol India ketika keluar dari kotak penalti.

Namun begitu, pendahuluan itu tidak lama apabila India berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi Rahul Bheke hasil sepakan penjuru.

BACA LAGI: SNBJ venue rasmi Harimau Malaya bagi Piala AFF 2024

BACA LAGI: Sebelum Indonesia, Harimau Malaya juga pernah bolos '4 biji' dengan Jepun

Separuh masa kedua, Malaysia terus buntu dalam mencipta gerakan yang baik dengan India dilihat lebih berbahay dengan hantaran-hantaran pendek yang pantas.

Malah, mereka turut berbahaya ketika situasi bola mati dengan beberapa kali sepakan penjuru India hampir berjaya menghasilkan gol.

Persembahan longlai daripada Harimau Malaya dilihat menggusarkan penyokong dengan terlalu banyak hantaran ke belakang atau backpass dilakukan.

Ketandusan idea adalah perkara yang boleh dilihat apabila corak serangan Malaysia tampak tiada strategi jelas berbanding India yang bermain dengan taktikal jitu.

"Pemain kita tak ada yang boleh bawa bola macam pemain India ke? Asyik backpass je," kata penyokong bernama Mohamad Muaz.

"Serius cakap, Malaysia main macam kelab-kelab daerah je. Langsung tak ada seni dalam bola sepak, tak ada idea dan tiada corak permainan. Jauh beza dengan India dengan hantaran pendek dan pantas," komen Fadz Fadzli.

"Kawalan dan hantara pemain India seronok untuk dilihat, positif gerak ke depan. Malaysia main statik hantar bola bawah, hantaran jauh lepas tu hilang bola," kritik Si Kembara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram