PELUANG Arsenal untuk membawa pulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat semakin kabur dan pudar selepas rehat bola sepak antarabangsa.
Hal ini kerana, skuad kendalian Mikel Arteta itu dilihat tempang akibat tiga pemain utamanya mengalami kecederaan dan berkemungkinan tidak akan diturunkan pada perlawanan bertemu Nottingham Forest.
Perlawanan di laman sendiri pada Sabtu itu dilihat cukup penting kerana Arsenal perlu menang bagi mendekatkan diri dengan pendahulu liga iaitu Liverpool.
BACA LAGI: 'Tonton Arsenal ibarat Netflix', Patrice Evra 'trigger' The Gunners dikait dengan Man United
Rice (kiri) dan Saka (kanan) tidak dipanggil dalam skuad England kali ini.
Namun begitu, tugas Arteta untuk menghadiahkan tiga mata pastinya sukar kerana Arsenal dijangka turun tanpa Bukayo Saka, Declan Rice dan Leandro Trossard.
Memetik laporan di England, Saka dan Rice kedua-duanya tidak dipanggil ke skuad The Three Lions bagi menghadapi cabaran Ireland dan Greece dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) akibat risiko kecederaan.
Namun begitu, Trossard turut menyertai senarai tersebut selepas terpaksa dikeluarkan dalam aksi UNL antara negaranya, Belgium dengan Israel yang berakhir melalui kekalahan 0-1.
Lebih perit adalah, Trossard dikeluarkan pada separuh masa pertama dan itu memberikan isyarat kurang baik buat Arsenal mengenai status kecederaannya.
Dia dijangka akan menyertai senarai kecederaan panjang Arsenal yang dihuni oleh Ben White, Takehiro Tomiyasu, Kieran Tierney dan Riccardo Calafiori.
Situasi kecederaan itu bukan saja menyukarkan Arsenal tetapi faktor Forest kini berada dalam prestasi cemerlang dengan beraksi baik dalam EPL.
Skuad Nuno Espirito Santo itu menduduki tangga kelima liga, 19 mata seperti Arsenal yang mempunyai kelebihan menerusi perbezaan jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram