PADA awalnya, Arsenal dilihat sebagai calon untuk mencabar ketuanan Manchester City sebagai penguasa Liga Perdana Inggeris (EPL) sama seperti dua musim sebelum ini.
Namun begitu, dengan beberapa keputusan mengecewakan, gelaran EPL semakin jauh dari pantauan dengan The Gunners kini menduduki tangga keempat dengan 19 mata - sembilan masa terpisah dengan pendahulu iaitu Liverpool.
Tiga perlawanan selepas aksi bola sepak antarabangsa amat penting untuk menentukan nasib Arsenal sebelum mereka bergelut dengan jadual padat pada akhir tahun. Jika tidak diharungi dengan baik, mereka berpotensi terkeluar daripada perebutan kejuaraan.
BACA LAGI: 'Tonton Arsenal ibarat Netflix', Patrice Evra 'trigger' The Gunners dikait dengan Man United
BACA LAGI: Legenda Man United mula beralih angin, pilih Liverpool tumbangkan Arsenal
Nottingham Forest (23 November)
Cabaran pertama Arsenal selepas rehat bola sepak antarabangsa adalah pertemuan menentang Nottingham Forest di laman sendiri.
Forest pada awal musim mengejutkan ramai pihak dengan persembahan memukau mereka termasuk berjaya menewaskan Liverpool di Anfield serta seri bertemu Chelsea.
Chris Wood merupakan pemain terbaik EPL bagi Oktober.
Kini menduduki di belakang Arsenal dengan dipisahkan menerusi perbezaan jaringan sahaja pastinya membuatkan pertemuan mereka cukup penting dan The Gunners wajib menang.
Ditambah dengan prestasi semasa Chris Wood yang cukup cemerlang, pertahanan Arsenal perlu bijak menguruskan bintang New Zealand itu.
Manchester United (5 Disember)
The Red Devils menjadi cabaran getir Arsenal ketika Disember dengan kedua-dua kelab bertemu sesama sendiri di Emirates Stadium.
Di atas kertas, Arsenal dilihat pilihan kerana perbezaan darjat kedudukan kedua-dua kelab dalam carta liga dengan United kini berada di kelompok 10 terbawah.
Declan Rice menjadi wira Arsenal ketika berdepan United musim lalu.
Namun begitu, dua kelab itu sentiasa memberikan cabaran hebat apabila berdepan sesama sendiri. Ditambah dengan United mempunyai pengendali baharu iaitu Ruben Amorim, semestinya Arsenal perlu lebih berhati-hati menentang mereka.
Jika tewas di laman sendiri bertemu United, ia pasti memberikan kekalahan moral buat skuad Mikel Arteta dalam misi mencari kejuaraan.
Fulham (8 Disember)
Tiga hari selepas bertemu United, Arsenal perlu berdepan seteru London mereka iaitu Fulham tetapi di tempat lawan.
Fulham juga berada dalam prestasi yang baik dengan mereka menduduki tangga ketujuh liga dan dipisahkan dengan satu mata.
Fulham mempunyai ramai bekas pemain Arsenal.
Lebih menarik, pertemuan kedua-dua kelab menyaksikan beberapa bekas pemain Arsenal yang kini bersama Fulham akan turun menentang mereka seperti Emile Smith-Rowe, Bernd Leno dan Alex Iwobi.
Mereka mungkin tidak lagi bersama Arsenal dan jika bertemu, mampu untuk kembali menghantui mereka sekali gus menamatkan impian Arteta untuk menjulang gelaran EPL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram