LEGENDA Manchester United, Patrice Evra mencuri perhatian penyokong Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dia menyifatkan prestasi saban tahun Arsenal seperti menonton platform penstriman, Netflix.
Kenyataan kontroversi yang mengkritik persembahan skuad The Gunners itu dibuat semasa bekas bek kiri Perancis berkenaan menjadi tetamu program Rio Ferdinand Presents baru-baru ini.
The Gunners dilihat semakin keciciran mata dalam dua aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukan berpangkalan di London itu tewas mengejut kepada Bournemouth pada awal pagi 20 Oktober.
BACA LAGI: Legenda Man United mula beralih angin, pilih Liverpool tumbangkan Arsenal
BACA LAGI: Terlepas aksi Liverpool, Arsenal enggan kemuka rayuan layangan kad merah William Saliba
Baru-baru ini pula, skuad kendalian Mikel Arteta gagal meraih tiga mata berharga bagi aksi menentang Liverpool di Stadium Emirates, London yang berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
“Menonton Arsenal macam menonton Netflix. Anda selalu perlu menunggu untuk musim seterusnya. Percayalah, setiap musim akan jadi seperti itu.
“Saya bersikap baik. Sudah tentu, United sekarang ini dalam keadaan yang teruk. Tapi tolonglah jangan bercakap tentang Arsenal kerana anda akan menangis untuk (tarik perhatian) pengadil. Tolonglah,” katanya.
Bekas pemain Man United, Patrice Evra. — Agensi
Kenyataan Evra itu bukanlah sekadar omong kosong apabila United membuktikan berhasil merangkul trofi Piala FA pada musim lepas walaupun menamatkan saingan EPL di tempat kelapan.
Sementara Arsenal pula yang tidak berhasil merampas kejuaraan Manchester City pada musim lepas kerana menduduki tempat kedua dan mereka juga gagal mendapatkan sebarang trofi utama sejak Piala FA 2020.
Kenyataan Evra berkenaan mengundang rasa tidak puas hati penyokong Arsenal yang sememangnya optimis bahawa Arteta mampu memberi trofi EPL selepas kali terakhir dimenangi pada musim 2023/2026. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram