[VIDEO] Sebelum bertemu di gelanggang sebenar, Jake Paul terima 'tamparan wanita' Mike Tyson


  • Podium
  • Jumaat, 15 Nov 2024

Jake Paul (kanan) menerima tamparan daripada lawannya ketika bertentang mata di atas gelanggang. — Agensi

PERTEMBUNGAN antara legenda tinju antarabangsa, Mike Tyson dan pempengaruh terkenal Amerika Syarikat, Jake Paul terus dinanti-nantikan peminat sukan tempur dari seluruh dunia.

Masakan tidak, perbezaan status kedua-dua mereka menimbulkan nilai tersendiri dengan Tyson dahulunya merupakan juara tinju buat bertahun-tahun lamanya sementara lawannya itu baru sahaja menceburi dunia berkenaan.

Namun, kebolehannya sukar disangkal kerana sejak mencipta debut pada 2018, pempengaruh YouTube itu sudah merekodkan 10 kemenangan dan hanya satu kekalahan.

BACA LAGI: [VIDEO] Mike Tyson 'approve' sikap gentlemen peninju tidak mahu ambil kesempatan terhadap lawan

BACA LAGI: Mike Tyson mahu RM418 juta untuk lawan Logan Paul

Rekod tersebut sudah tentu mahu dipertahankan Paul yang akan berdepan Tyson dalam pertembungan mencuri tumpuan di Arlington, Texas, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Kehangatan bagaimanapun dapat dirasai kerana semasa sesi menimbang pada Khamis, kekecohan tercetus antara kedua-dua mereka sehingga memaksa pihak keselamatan meleraikan pesaing terbabit.

Situasi tercetus selepas Tyson yang naik ke pentas secara tiba-tiba menampar lawannya untuk menggamatkan keadaan selepas 19 tahun tidak melangkah ke gelanggang secara profesional.

Kekasaran dilakukan itu tidak mengganggu ketenangan Jake Paul yang hanya mengelap pipinya sebagai tanda bahawa dirinya tidak terkesan dengan provokasi dibuat peninju berusia 58 tahun tersebut.

WhatsApp Image 2024-11-15 at 7.01.46 PM

Pertembungan antara Mike Tyson (kiri) dan Jake Paul dinanti-nantikan peminat sukan tinju. — Agensi

Keadaan berkenaan akhirnya dapat dikawal yang membolehkan pihak penganjur melakukan tugasan mengambil berat kedua-dua mereka dengan Jake Paul memiliki kelebihan kecil selepas ukuran dilakukan.

Sebelum berdepan Tyson, dia yang berusia 27 tahun pernah berdepan nama-nama besar dalam kariernya seperti peserta Olimpik, Ben Askren yang pernah mewakili Amerika Syarikat.

Namun, pertemuan dengan bekas juara dunia itu akan menjadi platform terbesar baginya menceburi dunia seni mempertahankan diri seperti dibuat abangnya, Logan Paul bertahun-tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram