[VIDEO] Atlet veteran India maut kena serangan jantung lepas sertai acara lompat jauh


  • Benua
  • Khamis, 07 Nov 2024

Varinder meninggal dunia akibat terkena serangan jantung beberapa jam selepas bertanding dalam sebuah acara pada Rabu.

SEORANG atlet veteran di India meninggal dunia akibat terkena serangan jantung beberapa jam selepas bertanding dalam sebuah acara pada Rabu.

Varinder Singh, 54, tiba-tiba rebah ketika membuat panggilan telefon di Stadium Guru Nanak dekat wilayah Punjab Ludhiana.

Kejadian itu juga berjaya dirakam orang awam di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

Melalui video berdurasi kurang lebih seminit itu, Varinder kelihatan ketawa dan turut menyapa rakan atletnya yang lain sebelum tiba-tiba rebah.

Kejadian itu membuatkan semua orang menjadi panik dan bergegas ke arah Varinder sebelum memberi bantuan awal kepadanya.

Memetik laporan berita antarabangsa, Varinder merupakan salah seorang atlet yang dijemput untuk menyertai pertandingan antara daerah.

Pertandingan itu bermula pada Isnin di lima daerah di Punjab, termasuk Ludhiana melibatkan beberapa acara seperti olahraga, besbol, tinju dan tenis padang.

Ketika kejadian, Varinder baru saja menamatkan acara pertandingan lompat jauh dan sedang berehat.

Pasukan perubatan yang berada berhampiran segera membawanya ke hospital, tetapi dia disahkan meninggal dunia semasa tiba di institusi perubatan tersebut.

Isteri dan anak lelaki Varinder membawa mayatnya pulang ke kampung halamannya di Jalandhar untuk dikebumikan.

Anak perempuan Varinder dilaporkan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara manakala seorang lagi anaknya berkhidmat sebagai jurutera di Jalandhar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram