LEGENDA tinju, Mike Tyson mencuri tumpuan dunia selepas menunjukkan isyarat ibu jari dalam satu perlawanan tinju yang didakwa berlangsung di Amerika Syarikat.
Bekas juara tinju heavyweight yang mendapat gelaran 'Iron Mike' itu dianggap bersetuju dengan tindakan salah seorang petinju yang dilihat tidak meneruskan niatnya untuk membelasah pihak lawan.
Menerusi satu perkongsian video di laman X, perlawanan yang didakwa berlangsung di Amerika Syarikat itu mencuri tumpuan peminat tinju global.
BACA LAGI: Sudah tamat kontrak, bekas penyerang PDRM mungkin ke NSFC
BACA LAGI: Selain KL City FC, Zhafri Yahya dedah dapat tawaran lain kelab Liga Super
Ia berikutan apabila dalam video tersebut memaparkan, petinju yang memakai seluar putih itu dilihat tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan mata apabila lawannya sudah terjatuh dalam gelanggang.
Malah, petinju tersebut dianggap 'gentleman' apbila membiarkan lawannya bediri semula untuk meneruskan perlawanan tersebut.
Tindakan tersebut mendapat pujian kerana dianggap petinju tersebut ingin mendapatkan kemenangan secara bermaruah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram