Meskipun kerap disisihkan, bintang Liverpool jadi watak penting England jinakkan Greece


  • Podium
  • Jumaat, 15 Nov 2024

England sudah kembali ke tangga teratas kumpulan berikutan kemenangan ke atas Greece pada Jumaat. — Agensi

KEMENANGAN bergaya 3-0 direkodkan England dalam aksi pertama mereka di bawah bimbingan Thomas Tuchel ketika bertemu Greece untuk aksi Liga Negara UEFA (UNL) pada Jumaat.

Keputusan menggugurkan kapten pasukan, Harry Kane daripada kesebelasan utama membuahkan hasil apabila skuad Three Lions membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Ollie Watkins.

Serangan diteruskan sepanjang permainan sebelum juara Piala Dunia 1966 itu menambah jaringan pada babak kedua menerusi gol sendiri Odysseas Vlachodimos dan Curtis Jones.

BACA LAGI: Klopp dianggap berbeza berbanding jurulatih baharu England, bimbang senasib Chelsea

BACA LAGI: 'Lihat, siapa yang kembali',lepas tinggalkan JDT, kelab England kembali sambut Forestieri

0_GettyImages-2184821835

Sumbangan Jones membolehkan England meraih tiga mata penuh. — Agensi

Kejayaan direkodkan di Stadium Olimpik Athens, Greece tersebut sekali gus meletakkan semula England di kedudukan teratas Kumpulan 2 Liga B UNL selepas mengharungi lima perlawanan.

Meskipun rata-rata daripada pemain Three Lions menampilkan aksi terbaik, pujian sememangnya layak diberikan kepada Jones yang beraksi cukup baik sepanjang 90 minit di atas padang.

Dia yang diturunkan buat kali pertama dalam kariernya tidak mengalami sebarang tekanan dengan dia berjaya memikul peranan menyerang mahupun pertahanan demi negaranya.

Persembahan diberikan amat memuaskan serta mengejutkan sesetengah pihak memandangkan pemain Liverpool itu sebelum ini sering disisihkan pengurus terdahulu, Gareth Southgate.

jones-curtis-2023-2024-liverpool-1035221415hjpg-1697041384-118973

Jones sudah menampilkan aksi terbaik sepanjang beraksi buat Liverpool. — Agensi

Namun, kepercayaan diberikan Tuchel kepadanya jelas dimanfaatkan sepenuhnya dengan penyokong mahu bintang kian meningkat tersebut untuk menjadi nadi pasukan dalam tahun-tahun akan datang.

"Rakan-rakan banyak membantu saya yang hanya mahu beraksi dan bermain tanpa tekanan dengan senyuman terukir di wajah. Saya amat menikmati momen ini dan bergembira dengannya.

"Melihat kepada pasukan ini, saya boleh berikan apa yang terbaik kerana ada yang bantu serangan dan ada pula yang bertindak mencuri bola. Jadi, saya boleh bermain secara bebas," katanya.

Selepas ini, skuad Three Lions akan menutup kempen UNL dengan aksi menentang Republik Ireland pada Isnin depan di laman sendiri untuk menentukan kedudukan mereka di pusingan seterusnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram