PEMAIN bola sepak Borussia Dortmund, Mats Hummels mengimbas kembali keadaan dirinya yang pernah berkhidmat di bawah kendalian dua jurulatih ternama iaitu bekas bos Liverpool, Jurgen Klopp dan jurulatih England yang baru dilantik, Thomas Tuchel.
Bintang Jerman itu menggambarkan kedua-dua jurulatih berkenaan memiliki kehebatan masing-masing dengan cara yang berbeza.
Di sebalik kejayaan yang menyaksikan dia menjulang pelbagai trofi bersama Borussia Dortmund dan Bayern Munich, teknik bertahan yang diguna pakai ketika kekalahan di Liga Juara-Juara menentang Real Madrid yang menyebabkan Hummels marah.
BACA LAGI: Tanah runtuh Taman Melawati, penduduk gesa segera henti pembangunan cerun bukit
"Saya tidak berpuas hati kerana saya berpendapat Dortmund tidak sepatutnya bermain sedemikian," kata Hummels kepada Bild sambil mengakui dia tidak bersetuju dengan Tuchel.
"Jika anda melihat statistik, dia (Tuchel) tetap seorang jurulatih yang bagus," katanya.
"Di bawah kendalian Tuchel, orang yang berbeza daripada apa yang saya kenali ketika bersama dengan Klopp.
"Dia memiliki pendekatan berbeza namun ia tetap berfungsi dengan baik," katanya.
Hummels berpandangan jurulatih Dortmund, Edin Terzic mahupun Tuchel tidak dapat menandingi Klopp.
Dia telah menghabiskan masa enam tahun bekerja di bawah bekas bos Liverpool itu dan berasakan Klopp telah meninggalkan kesan berpanjangan kepadanya.
"Di bawah Klopp adalah sesuatu yang menakjubkan. Ia satu perjalanan yang sangat berjaya dan beremosi tetapi juga sangat baik dalam cara lain.
βDia mempunyai idea yang berbeza tentang cara mengendalikan permainan, banyak yang saya alami di luar padang.
"Ia sangat mengujakan dan saya gembira dapat bekerjasama dengannya dan saya tahu betapa kuatnya pasukan Klopp. Mereka bekerja keras, mereka bermain begitu fokus dan agresif dengan kualiti pemain ada terutamanya di bahagian depan," jelasnya.
Thomas Tuchel dilantik menjadi pengurus baharu England. β Agensi
Pemain yang bermain di posisi bek tengah Roma itu turut berkongsi tentang perselisihan taktikal yang menjejaskan hubungannya dengan jurulatih Edin Terzic, pengganti Klopp dan Tuchel semasa mereka bersama di Dortmund.
"Saya tidak sangka ia boleh berterusan seperti ini. Saya rasa terhina semasa berada di atas padang. Sangat tunduk dan begitu rendah diri dalam hal bola sepak.
"Dua perlawanan Stuttgart dan permainan di tempat lawan di Leverkusen. Ia memberi perasaan dengan 11 pemain di dalam kotak itu."
Sementara itu, penyokong bola sepak juga melahirkan rasa bimbang terhadap pelantikan bekas jurulatih Chelsea itu yang akan mengendalikan pasukan England. Berdasarkan rekodnya bersama skuad The Blues menunjukkan 35 menang, 17 seri dan 11 kalah.
Pada 2022, Thomas Tuchel dipecat oleh pengurusan Chelsea selepas 20 bulan mengendalikan pasukan tersebut. Beliau dikatakan sepatutnya mendapat tempat dalam sejarah Chelsea selepas memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada zamannya, sekali gus membimbangkan peminat fanatik The Three Lions.
Thomas Tuchel telah menandatangani kontrak sah sebagai pengendali England sehingga Julai 2026 dan selepas Piala Dunia.
Beliau menggantikan Gareth Southgate, selain muncul jurulatih luar ketiga yang mengendalikan England. β Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram