BINTANG Al-Hilal, Neymar da Silva mengakui teruja untuk kembali ke Brazil dan menyertai kelab yang pernah disertai penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva iaitu Fortaleza.
Sebelum ini, media melaporkan Neymar terpaksa pulang ke Brazil bagi tujuan perubatan selepas mengalami kecederaan paha yang memaksa pemain berusia 32 tahun itu berehat sehingga hujung tahun ini.
Neymar telah tiba di Brazil dan disapa oleh anggota keselamatan lapangan terbang yang merupakan penyokong Fortaleza.
BACA LAGI: Lemau lawan Laos, fans anggap Harimau Malaya bernasib baik menang 2 penalti
BACA LAGI: 'Ikut Tomi balik kampung ke?', fans Terengganu 'detect' kehilangan pemain import
Ketika ditanya adakah Neymar terbuka untuk menyertai Fortaleza? Neymar berkata, sudah pasti ia akan menjadi seronok.
“Ia akan menjadi satu keseronokan (sertai Fortaleza),” jawab Neymar ringkas di dalam video yang dimuat naik di laman X rasmi Fortaleza.
Bem-vindo, @neymarjrpic.twitter.com/ZovoYvZbo7
— Fortaleza Esporte Clube (@FortalezaEC) November 7, 2024
Aksi Neymar mungkin tidak akan dapat dilihat sehingga 2025 dan khidmat Neymar mungkin tidak akan disambung Al-Hilal selepas melihat krisis kecederaan yang dialami pemain berusia 32 tahun itu.
Al-Hilal sedang mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Neymar dan salah satu calon hangat diperkatakan adalah bintang Liverpool, Mohamed Salah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram