UNTUK sekali lagi, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab Singapura iaitu Lion City Sailors (LCS).
Dua kelab yang sedang menguasai liga masing-masing itu bakal bertemu sekali dalam aksi persahabatan pada Sabtu. Sebelum ini, mereka sudah bertemu dua kali di Malaysia dan Singapura pada April.
Untuk aksi pada Sabtu, ia akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dengan penyokong kedua-dua kelab dibenarkan masuk secara percuma.
BACA LAGI: TMJ syukur JDT III julang Piala Presiden, tapi fans kurang puas lihat prestasi pelapis negara
BACA LAGI: [VIDEO] 'Format dah tak menarik', belum mula tapi fans umum JDT juara Piala Malaysia 2024
Walaupun penyokong JDT dapat menyaksikan aksi pemain kesayangan mereka secara percuma sementara Harimau Malaya bermain, mereka bagaimana pun berasa Harimau Selatan perlu mencari lawan lain.
Hal ini kerana, dalam masa setahun, kedua-dua kelab tersebut bertemu untuk tiga kali dan ia sedikit sebanyak membuatkan penyokong berasa bosan.
Penyokong JDT berpendapat sudah masanya untuk kelab itu menjemput pasukan-pasukan lain untuk datang beraksi di SSI dalam perlawanan persahabatan.
Malah, ada yang mahukan JDT menjemput kelab-kelab Indonesia kerana faktor penyokong mereka yang suka 'cakap besar'.
Mereka mengharapkan perlawanan persahabatan boleh diatur melibatkan beberapa kelab utama di Indonesia yang mempunyai jumlah penyokong sangat ramai.
"Teringin nak tengok JDT lawan kelab Indonesia sebab mereka selalu cakap besar," kata penyokong bernama Mohd Anas.
"Berapa kali asyik lawan kelab sama? Hari itu dah main friendly dah," ujar Rumaisya Amani.
"Adjust Persib Bandung, bagi senyap sikit," cadang HA Adan sebelum Amin Adam memberi komen," cuba lawan Persija Jakarta." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram