Garang warnai Liga Super musim lalu, 3 peledak termasuk bekas mesin pencetak gol JDT kini sepi tanpa sebarang kelab


  • Podium
  • Khamis, 14 Nov 2024

Forestieri tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan JDT.

LIGA Malaysia menyaksikan pelbagai penyerang import beraksi untuk banyak kelab di dalam Liga Super dari musim ke musim.

Ada yang suam-suam kuku, ada juga yang datang memberikan impak sebelum meninggalkan pasukan diwakili dengan legasi tiada galang ganti.

Penyerang import datang dan pergi, malah ada yang masih tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan pasukan mereka di Malaysia. Siapakah mereka?

BACA LAGI: 'Lihat, siapa yang kembali',lepas tinggalkan JDT, kelab England kembali sambut Forestieri

BACA LAGI: Fans Selangor sambut baik berita pemergian Boakye, dengarnya penyerang Turkiye jadi pengganti

Fernando Forestieri

Nama pemain itu akan sentiasa dikenang sebagai antara pemain import berkelas dunia pernah direkrut oleh Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kualiti Forestieri nyata memukau penyokong JDT dengan dia berjaya mencipta gandingan berbisa dengan Bergson da Silva serta Arif Aiman.

2502180

Forestieri dianggap sebagai crowd favorite oleh penyokong JDT.

Forestieri memenangi semua gelaran domestik bersama JDT sebelum memilih meninggalkan kelab itu pada 2024. Selepas itu, dia hanya diketahui pulang semula ke bekas kelabnya, Watford untuk berlatih bersama mereka.

Kini masih belum mempunyai kelab, belum ada tanda-tanda untuk Forestier bersara daripada bola sepak.

Richmond Boakye

Hadir dengan reputasi besar kerana pernah buat Cristiano Ronaldo kecewa di La Liga, Richmond Boakye menjadi harapan penting penyokong Selangor FC pada musim 2023.

Namun begitu, reputasi besar itu tidak memberikan sebarang makna apabila Boakye gagal untuk memenuhi harapan tinggi penyokong Selangor dan beraksi di bawah par sepanjang bersama mereka.

2469173

Prestasi Boakye di Selangor tidak segah reputasinya.

Menghasilkan enam gol dalam 11 penampilan Liga Super musim lalu, Boakye kini tidak bersama mana-mana kelab selepas dilepaskan oleh Selangor.

Baru berusia 31 tahun, pemain itu masih boleh cuba untuk mendapatkan kelab baharu di tempat lain sebelum berfikir untuk bersara.

Soony Saad

Seorang lagi penyerang yang pernah menyertai Liga Super adalah pemain Lubnan iaitu Soony Saad.

Bekas penyerang Penang FC itu hadir dengan berjaya menghasilkan first impression baik dalam kalangan penyokong Penang sewaktu kejohanan pra-musim iaitu Piala Harapan.

2045804 (1)

Saad gagal penuhi harapan penyokong Penang.

Persembahan baiknya itu bagaimana pun tidak dapat dibawa apabila Liga Super bermula dengan Saad hanya menghasilkan enam gol daripada 18 penampilan.

Kini tidak mempunyai kelab pada usia 32 tahun, Saad masih belum merancang untuk bersara tetapi destinasi seterusnya buat pemain itu masih belum diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram