Bruno jadi hero, selamatkan penumpang pitam dalam penerbangan


  • Podium
  • Rabu, 13 Nov 2024

Fernandes (kanan) menjadi wira menyelamatkan orang pengsan dalam penerbangan.

PEMAIN bola sepak sering dilihat sebagai wira terutamanya apabila mereka menghasilkan detik indah seperti menjaringkan gol kemenangan atau menepis percubaan minit akhir pihak lawan.

Malah, mereka bukan saja menjadi wira di dalam padang tetapi juga di luar. Figura seorang pemain bola sepak dianggap sebagai idola terutamanya anak-anak muda yang ingin menjadi seperti mereka.

Itulah yang ditonjolkan oleh ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes apabila menjadi wira rakyat dengan menyelamatkan seorang penumpang kapal terbang.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan setakat fans MU, Maddison pun cakap Fernandes tak patut dibuang padang

BACA LAGI: Lepas 'disindir' De Gea, Bruno Fernandes dikhabar reunion dengan Ronaldo di Liga Arab

Memetik laporan di England, Fernandes dilaporkan berada dalam sebuah penerbangan tambang murah iaitu EasyJet bersama rakan sepasukan iaitu Diogo Dalot ketika menuju Lisbon, Portugal pada Isnin.

Dalam penerbangan tersebut, pemain United itu menuju ke tandas dan kemudiannya terjumpa seorang penumpang yang pengsan lalu menjerit meminta bantuan.

brunio (1)

Fernandes (kanan) ke Lisbon untuk tugasan antarabangsa bersama Portugal.

"Fernandes menuju ke tandas di belakang kapal terbang semasa penerbangan. Kami kemudiannya terdengar jeritan meminta bantuan yang sayup jauh dari belakang kami, lalu kami semua menuju ke belakang.

"Dia menjerit, 'Tolong! Kami perlukan bantuan! Tolong! Kami perlukan bantuan!," kata saksi kejadian Susanna Lawson.

Anak-anak kapal kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk membantu dengan Fernandes meletakkan mangsa di kerusi tambahan yang berdekatan dengan tandas itu.

Proses yang mengambil masa dalam lima hingga 10 minit kemudiannya selesai dengan Fernandes kekal membantu sehingga mangsa berada dalam keadaan baik.

Lawson kemudiannya mengatakan yang Fernandes terus ke tempat duduknya selepas selesai dan tidak pula cuba meraih perhatian penumpang-penumpang lain.

"Dia kembali semula ke tempat duduknya dan dia dilihat begitu bersahaja. Dia tidak cuba sekali pun untuk meraih perhatian untuk dirinya.

"Apabila saya meminta untuk berswafoto dengan dia sebelum turun dari pesawat, dia sendiri yang ambilkan swafoto tersebut," ujar Lawson. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram