Tunjuk gambar akreditasi, Lee Zii Jia ‘hint’ bakal kembali beraksi?


  • Podium
  • Ahad, 10 Nov 2024

Zii Jia akan kembali beraksi di Kumamoto Masters.

SETELAH berehat seketika akibat kecederaan, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dijangka akan kembali beraksi di gelanggang.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu di media sosialnya memberi hint yang dia akan kembali untuk beraksi di Kumamoto Masters di Jepun pada 12 hingga 17 November.

Dalam siaran media sosialnya, Zii Jia dilihat menayangkan kad akreditasinya sebagai pemain untuk kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 tersebut.

BACA LAGI: Cedera buku lali, Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark

BACA LAGI: Zii Jia, Pang Ron-Su Yin menang straight set, mara ke suku akhir Terbuka Artik

WhatsApp Image 2024-11-10 at 17.50.21

Tangkap layar siaran media sosial Lee Zii Jia mengatakan dia akan menyertai Kumamoto Masters.

Dengan kembalinya Zii Jia, ia akan menghidupkan peluangnya untuk mengesahkan tempat dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF pada Disember.

Hal ini kerana, kedudukannya kini sedikit terancam. Oleh itu, dia memerlukan kempen yang baik di Kumamoto Masters dan tidak boleh tersingkir awal dari kejohanan.

Bagi kejohanan itu, Zii Jia akan memulakan saingan dengan bertemu dengan pemain dari pusingan kelayakan yang masih belum ditentukan.

Dia berpotensi berdepan dengan nama-nama lain seperti Leong Jun Hao, Toma Junior Popov dan Anthony Shinsuka Ginting.

Kumamoto Masters merupakan kejohanan kedua terakhir yang diambil kira mata kejohanannya untuk dibawa ke Jejalah Dunia Akhir BWF yang akan diadakan di Hangzhou, China. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram