Resipi Pau Marti berani guna ubi muda dipuji, ekor HM harap Fergus Tierney dapat peluang beraksi


  • Podium
  • Rabu, 13 Nov 2024

Penyokong tidak sabar menyaksikan persembahan Fergus Tierney (kanan) bersama skuad kebangsaan.

HARIMAU Malaya sekali lagi beraksi pada November dengan mereka akan terbang ke Thailand untuk bertemu Laos sebelum berdepan India di laman mereka.

Dua perlawanan penting itu harus dimenangi Malaysia dalam usaha menaikkan ranking supaya dapat duduk dalam Balang 1 bagi kelayakan Piala Asia 2027.

Bagi pengendali sementara, Pau Marti, dia perlu memastikan skuad yang dibawa adalah yang terbaik supaya kemenangan berada dalam genggaman.

BACA LAGI: Fergus Tierney dipilih ganti Romel, ramai tertanya bila peluang peledak berbisa Piala MFL

BACA LAGI: Lepas Fergus Tierney ke Thailand, seorang lagi bintang JDT bakal dilepaskan ke Vietnam

466786409_1267677277638839_4355401331358533554_n

Tierney (kanan) menyertai skuad senior kebangsaan buat kali pertama.

Pada masa sama, dia turut mengambil pendekatan berani untuk membawa beberapa pemain muda sebagai pelapis bagi Harimau Malaya di masa akan datang.

Antara nama-nama yang dipanggil adalah Haqimi Azim, Ubaidullah Shamsul dan Harith Haiqal. Malah, Marti turut memanggil pemain tengah iaitu Fergus Tierney.

Pemain Chonburi FC yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mempunyai peluang untuk melakukan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan di peringkat senior selepas sering membintangi pasukan bawah umur negara.

Sebelum ini, Tierney sering dilihat sebagai bintang utama dalam skuad Harimau Muda dengan dia menjadi sandaran untuk menghidupkan serangan dan menghasilkan gol.

Bagi penyokong bernama Emir Danish, keputusan Marti itu dilihat berani kerana mempertaruhkan ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan. Ia dilihat sebagai transisi untuk Harimau Malaya daripada bergantung kepada sesetengah pemain lebih berusia kepada mengutamakan kudrat muda.

Dia amat berharap Tierney yang sering cemerlang bersama skuad muda negara akan diberikan peluang untuk menyerlah bersama-sama Harimau Malaya semasa bertemu Laos dan India.

"Semoga Fergus Tierney diberikan peluang untuk beraksi. Nampak Pau Marti berani bawa masuk pemain-pemain muda berbanding Kim Pan-gon," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram